Tahukah anda, pada 6 April 2022, lebih 1000 orang saintis seluruh dunia mengadakan protes untuk memberi kesedaran akan bahaya perubahan iklim yang sedang berlaku sekarang.
Tujuan protes ini adalah bagi menyampaikan mesej secara meluas sehingga ke peringkat antarabangsa mengenai krisis ekologi dan menyatakan bahawa tindakan ‘revolusi iklim’ hanyalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan daripada berlakunya ancaman besar disebabkan perubahan iklim ini.
Protes ini dianjurkan oleh Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) yang berkongsi kelemahan kerajaan dan organisasi di seluruh dunia dalam mengehadkan pemanasan global sebanyak 1.5’C.
Menurut mereka, pendidikan dan kesedaran telah gagal untuk menggerakkan kerajaan dan syarikat kepada perubahan yang sepatutnya. Maka, para saintis perlu mengambil pendekatan yang berbeza. Pada hari Rabu lalu, mereka telah merantai diri di pintu bank mesra minyak, memenuhi ruang-ruang tangga di bangunan kerajaan, dan menyekat jambatan dengan harapan amaran mereka diambil serius.
Kata seorang saintis, Dr.Rose Abramoff,
“Saya mengambil tindakan ini untuk menggesa pihak kerajaan dan masyarakat untuk berhenti mengabaikan kolektif hasil penemuan penyelidikan berdekad lamanya. Ayuh jadikan krisis ini sebagai suatu yang mustahil untuk diabaikan.”
Dr.Rose Abramoff
Di Los Angeles, terdapat penunjuk perasaan yang bersama bertindak bagi menyatakan sokongan kepada ahli-ahli saintis ini dengan mengikat diri mereka di JPMorgan Chase, pembiaya swasta terbesar bagi inisiatif minyak dan gas di seluruh dunia. Seorang saintis di L.A., Peter Kalmus manyatakan bahawa,
“Saya bertindak kerana berasa terdesak. Ini adalah jam ke-11 dari segi kerosakan bumi, dan saya berasa takut untuk anak-anak saya, dan manusia. Pemimpin dunia masih mengembangkan industri bahan api fosil secepat yang mereka boleh, tetapi ini adalah gila. Bukti sains jelas menunjukkan bahawa semua yang kita sayangi itu berisiko, termasuk tamadun itu sendiri dan kehidupan yang indah. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana mana-mana saintis yang memahami kenyataan ini boleh kekal di luar tidak bersuara pada ketika ini.”
Peter Kalmus
Bukan hanya di L.A. yang menyaksikan protes besar ini, tetapi juga di Washington D.C. yang mengikat diri mereka di pagar White House. Manakala, di Madrid, cat merah telah dilempar ke atas tangga Congress of Deputies, dan di Berlin, mereka menyekat jambatan berhampiran bangunan parlimen.

Sumber : https://www.smithsonianmag.com/smart-news/scientists-stage-worldwide-climate-protests-after-ipcc-report-180979913/

Demonstrasi ini merupakan demonstrasi terbesar yang pernah digerakkan oleh para saintis dan dianggap sebagai kempen yang menyalahi etika. Mengikut kepada laporan pihak penganjur, berpuluh-puluh aktivis telah ditangkap kerana tindakan ini. Tetapi, harapan mereka supaya protes ini dapat memberi impak dan perubahan sepertimana tindakan Pergerakan Hak Sivil yang lalu pernah digerakkan menerusi demonstrasi yang berapi-api yang akhirnya membawa perubahan besar dalam masyarakat ketika itu.


Kempen kesedaran ini juga telah tular di media sosial, terutamanya Tik Tok.

Sumber :
The Optimist daily, https://www.optimistdaily.com/2022/04/globally-demonstrators-gathered-for-the-biggest-scientist-led-protest-ever/