7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

Amat sukar kita temui video hasilan tempatan yang mengulas tentang astronomi, apatah lagi yang dihasilkan oleh murid sekolah.

Bagaimanapun, sebuah video yang dimuatnaik di Youtube ternyata amat istimewa apabila ia menampilkan seorang anak kecil yang berusia 7 tahun mengulas tentang model angkasa lepas.

Video tersebut memperlihatkan adik Omar Shahnaz yang memberi komentar simulasi angkasa lepas menggunakan perisian Universe Sandbox, sebuah permainan simulasi angkasa lepas interaktif.

Nak tau tak? DekatJupiter, di dalam dia, ada gas! Dalam Jupiter juga ada red spot, lepas tu ada habuk, ribut taufan kuat!

Adik Omar

Omar juga memberi komentarnya terhadap planet – planet di Sistem Suria, sambil jelas menampilkan kegembiraan meneroka simulasi tersebut.

Menurut bapa Omar, Muhammad Khalid Muzappa Yakub, Omar telah pun menunjukkan minat terhadap astronomi sejak umur 5 – 6. Beliau juga banyak menyokong minat anaknya dengan membeli teleskop murah secara atas talian.

“Ada beberapa kali bawa dia ke balai cerap dan ikuti program di planetarium negara. Memang dari kecik pun selalu nyanyi lagu nursery rhyme nama2 planet”

Muhammad Khalid, bapa Omar.

Diharapkan supaya adik Omar terus menonjol minatnya yang istimewa ini dan menjadi ikutan kanak – kanak lain untuk minat mempelajari alam semesta ciptaan Tuhan.

Total
120
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts