Markah 50% untuk A+ Sangat Rendah. Petisyen Wujudkan Gred S dan SS untuk Matematik Tambahan Pula Dilancar.

Sebelum ini sebuah petisyen tular apabila mendesak agar Kementerian Pendidikan menurunkan markah lulus matematik tambahan SPM tahun ini kepada 5% dan 50% untuk peroleh A+.

Namun tidak lama setelah itu, petisyen baru pula dilancar yang meminta supaya gred tambahan diwujudkan untuk kertas SPM Matematik Tambahan.

Petisyen tersebut dibuat oleh golongan pelajar – pelajar bijak yang risau sekiranya markah 50% untuk A+ itu diluluskan oleh KPM, ini bermakna markah mereka yang dijangka mencapai 90%+ itu tidak lagi akan bermakna kerana gred yang diperoleh sama saja dengan mereka yang mendapat markah 50%.

“Ini tidak adil kepada pelajar yang telah berusaha lebih dalam Matematik Tambahan untuk hanya mengetahui bahawa markah (A+) mereka hanyalah melebihi 50% apabila mengambil keputusan.

Maka saya melancarkan petisyen ini untuk mendesak KPM menilai masalah ini. Pandangan saya, menambah beberapa gred lebih tinggi daripada A+ seperti S atau SS adalah idea yang baik kerana bukan saja pelajar A+ dapat peroleh markah tersebut melebihi 50%, Pelajar 90% juga dapat dipuaskan”

Students working hard in Add Maths

Menurut pelancar petisyen itu, beliau rasa risau terhadap sistem pendidikan dan masa depan negara.

“Saya tak nampak harapan negara jika calon SPM kita meminta markah yang begitu rendah untuk peroleh A+. Ia tidak bermakna apa – apa”

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts