Pelajar Malaysia Peroleh Rekod Kenderaan Kuasa Manusia Terlaju Dunia

Rekod baru kenderaan kuasa kayuhan manusia telah tercipta baru – baru ini.

Velocipede hasil ciptaan pasukan Velocipede University of Liverpool telah memecahkan rekod kenderaan kayuhan tangan terlaju dunia dengan kelajuan 83 km sejam (lelaki) dan 74 km sejam (perempuan)

Rekod ini 158% lebih laju berbanding sebelumnya!

Tahukah anda, rekod dunia ini turut disumbang oleh seorang pelajar Malaysia?

Anuaruddin bin Abu Zarin merupakan seorang pelajar Malaysia dalam pasukan University of Liverpool tersebut yang bertanggungjawab menghasilkan sistem kamera untuk penunggang serta menjuruterakan power model kenderaan itu.

“Peranan saya dalam pasukan adalah menghasilkan sistem kamera untuk penunggang melihat ke luar, kerana reka bentuk velocipede kami ditutupi cangkerang untuk menjadikannya paling aerodinamik”

“Selain itu saya berperanan menghasilkan power model supaya penunggang dapat menyebarkan daya pada tahapan yang sesuai”

Annuar juga mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia di laman Facebook beliau:

“Puncak dunia telah kau tawan. Lautan luas telah kau redah. Membawa semangat jiwa merdeka”

Dua tahun lepas, kami memulakan, dan sepanjang 6 bulan lepas, kami sekumpulan telah bekerja keras untuk membina sebuah kenderaan berkuasa manusia paling laju di dunia. Akhirnya pada 14 September, World Human Powered Vehicle Association mengesahkan kami pemegang rekod dunia baru bagi kategori handcycle male and female. Kenderaan kami mencecah kelajuan 83.02 kph (lelaki) dan 74.11 kph (wanita).

Special ‘terima kasih’ to @handbikedarke and Ken Talbot for being the most amazing engines we could ever have. Good luck in your future adventures.

Alhamdulillah. Hadiah untuk hari lahirmu, Malaysia.

Penghargaan khas untuk MARA. Bukan hanya kerana memberi peluang untuk saya melanjutkan pelajaran ke Liverpool, tapi juga memberi kepercayaan kepada saya untuk menghabiskan tahun keempat saya di sana. Disebabkan beberapa isu, saya telah dicadangkan untuk menghabiskan degree saya di Universiti Malaya, tetapi setelah diceritakan berkenaan projek velocipede ini, mereka bersetuju untuk menyambung kembali program luar negara saya di Liverpool. Terima kasih MARA

Sebagai mesej kepada rakyat Malaysia, khususnya pelajar Malaysia di luar negara, Annuar menyeru supaya jangan berasa rendah diri.

“Walaupun kita lahir di Malaysia, Terengganu, Johor, kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua orang di dunia ini”

Tahniah!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts