Cikgu sekolah di Ghana yang tular di media sosial dan arus perdana baru – baru ini dihadiahkan habuan yang amat setimpal.
Kisah beliau yang mengajar anak murid perisian Microsoft Word di atas papan hitam kerana ketiadaan komputer di sekolah menyentuh hati jutaan orang yang terinspirasi akan kecekalan guru tersebut mengajarkan ilmu.
Richard Appiah Akoto, 33, yang merupakan guru Informasi dan Teknologi Komunikasi (ICT) di Betenase M/A Junior High School di bandar Sekyedomase, lebih kurang sejauh perjalanan dua jam setengah dari bandar kedua Ghana, Kumasi.
Sekolah tersebut tidak miliki komputer walaupun sejak 2011, pelajar 14 dan 15 tahun dikehendaki lulus dalam peperiksaan peringkat kebangsaan yang menyertakan subjek ICT sebagai silibus.
Kisah Akoto mendatangkan inisiatif dari pelbagai pihak untuk mendermakan komputer kepada sekolah tersebut.
Penderma dari University of Leeds, UK mendermakan laptop yang baru dan diikuti oleh 5 komputer desktop dan 1 laptop peribadi untuk Akoto daripada NIIT, sekolah latihan komputer di Ghana.
Ramai yang menamakan Akoto sebagai ‘Guru Kebangsaan Terbaik’, satu anugerah tahunan untuk guru yang menawarkan hadiah rumah tiga bilik di mana lokasi yang dikehendaki.