Berjaya mencipta satelit terkecil dunia, hebat anak Malaysia!

Baru-baru ini, Izmir Yamin yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Independence-X Aerospace, sebuah syarikat teknologi angkasa lepas tempatan, telah memuat naik pengumuman di hantaran facebooknya mengenai satelit buatan Independence-X Aerospace iaitu satelit kelas femtostat yang dikenali sebagai GerhanaSAT telah disahkan oleh pakar industri angkasa lepas sebagai satelit terkecil di dunia.

Satelit ini berjaya dicipta pada tahun lalu yang berfungsi sebagai pembekal perkhidmatan komunikasi satelit secara percuma yang dikenali sebagai Telemetri Ringan dan pautan Tele-arah kepada dron dan Internet segala benda (IoT) sekitar khatulistiwa untuk dilancarkan ke angkasa lepas sebagai buruj di Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit). Projek ini mendapat kolaborasi bersama Agensi Angkasa Malaysia-MYSA, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan turut disokong oleh pihak SIRIM.

Satelit ini telah diperakui oleh pakar industri angkasa lepas sebagai satelit terkecil di dunia, malah lebih kecil daripada Pocket Cube dan CubeSat dengan ukuran panjang tepi kubus ialah 30mm bagi Versi Angkasa (SV) dan 32mm bagi Versi Pengguna (CV).

Pada 25 September 2022, Izmir telah memperlihatkan demonstrasi satelit itu di hadapan penonton secara langsung. Kemudian, beberapa komen daripada pakar-pakar aeroangkasa telah diterima mengenai saiznya yang sangat kecil.

Menurut wakil daripada Agensi Angkasa Perancis (CNES) Monsieur Dr Patrick Castillan dan Monsieur Dr. Alan Gleyzes yang merupakan timbalan pengarah CNES, GerhanaSAT adalah satelit paling kecil dunia yang mereka pernah lihat setakat ini.

Tuan Izmir bersama wakil Agensi Angkasa Perancis

Menurut Izmir, pihaknya telah menerima banyak tempahan bagi kedua-dua versi dari pelbagai negara terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat, termasuklah beberapa negara Timur Tengah dan Afrika. Ini merupakan kali pertama buatan tempatan produk Teknologi Angkasa Lepas (Space Tech) dieksport keluar. 

Bukan itu sahaja, satu memorandum perjanjian kontrak ruang komersial bernilai lebih USD1 juta telah berjaya ditandatangani antara syarikat tempatan ini dan syarikat SpaceBorn United B.V dari Belanda.

Subhanallah, hebat!

Aspirasi mereka adalah ingin menjadi perintis dalam teknologi angkasa lepas seperti pembuatan satelit femto, Kenderaan Kapsul Kemasukan Semula dan juga Kenderaan Pelancar Sifar-Karbon pada masa akan datang.

Dimaklumkan juga syarikat tempatan ini bakal membangunkan dan membekalkan Kenderaan Kemasukan Semula Angkasa (MERCAP, Kapsul Kemasukan Semula Eksperimen Mikrograviti) untuk penggunaan penyelidikan Bio-Teknologi Angkasa Lepas berasaskan Eropah dan produksi di orbit angkasa.

Semoga syarikat tempatan ini terus maju dan menghasilkan ciptaan-ciptaan yang bermanfaat untuk kehidupan manusia seluruhnya, seterusnya mengharumkan nama negara dalam industri angkasa lepas kelak.

Sumber :

  1. Facebook Izmirov Yaminovich
  2. Portal The Vocket di pautan, https://www.thevocket.com/pakar-akui-gerhanasat-ciptaan-anak-malaysia-sebagai-satelit-terkecil-dunia/
  3. Portal Funtasticko.net di pautan, https://www.funtasticko.net/lebih-kurang-saiz-kiub-rubik-mini-je-inilah-gerhanasat-satelit-terkecil-di-dunia-buatan-malaysia/
  4. Portal Gemilang Daily di pautan, https://www.gemilangdaily.com/anak-malaysia-cipta-satelit-terkecil-dunia-bangga/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts