Cipta Sistem Pintu Automatik Aktivasi Kad Pengenalan

Apa ciptaan anda paling canggih sewaktu di kolej? Yang admin ingat, ada orang berjaya masak maggi guna seterika.

Tapi lain ceritanya bagi Danial Faiz Mokhtar, pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh), Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang.

Beliau mencipta mekanisme pintu berkunci automatik yang diakseskan melalui kad pengenalannya

Ciptaannya itu tular apabila demonstrasi beliau dirakam dan dimuat naik di Twitter dan mencapai 13k+ ciapan.

Kisah ini kemudian dilaporkan oleh Harian Metro yang tontonannya melebihi 200 ribu + hanya dalam masa dua hari.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vCeun0HSA5U[/embedyt]

Apabila ditemu ramah, Danial Faiz menyatakan tidak sangka ciptaannya ini boleh tular.

“SAYA buat pintu automatik berkunci itu atas tujuan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di bilik kolej di sini. Namun, tak sangka ia boleh tular,”

Danial Faiz Mokhtar, 18.

Danial Faiz berkata, pernah berlaku kes kecurian di sekitar kolejnya yang membuatkan dia mahu memasang sistem itu atas tujuan keselamatan barangannya.

Katanya lagi, sebelum ini dia pernah melihat orang membuka pintu yang terkunci dari luar menggunakan dawai dengan mudah.

Hanya Belajar Dari Youtube

Tambah mengagumkan, projek tersebut hanyalah bermodalkan RM 80 dengan menggunakan Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID)

https://twitter.com/DECI93725960/status/1144979163100528640

Projek itu pula hanya disiapkan dalam masa satu hari dan hanya dipelajari dengan menonton Youtube.

Beliau juga menyatakan akan membuat satu video tutorial untuk tontonan umum.

“Ramai yang juga meminta saya untuk mengajar mereka membuat sistem itu. Insya-Allah, saya akan buat satu video tutorial untuk supaya ia memberi manfaat kepada semua”

Memang Minat Kejuruteraan Robotik

Namun, kemahiran yang ditunjukkan Danial Faiz bukanlah diperoleh secara tiba – tiba, sebaliknya beliau memang memiliki latar belakang membanggakan dalam bidang robotik

Danial mula meminati bidang sistem robotik dan kejuruteraan seawal usia 8 tahun.

Sebelum ini, Danial Faiz pernah mengharumkan nama negara bersama tiga lagi rakannya apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan cabaran kemahiran di World Robot Summit (WRS) Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts