“Semakin Ramai Pelajar Lari Dari Bidang Sains. Jangan Berdiam Diri!”

“Bilangan pelajar yang mengambil bidang sains semakin lama semakin berkurang, terutama dalam kalangan pelajar perempuan”

“Dahulu yang mengambil sains dalam satu sekolah mencapai tiga kelas, kemudian dua kelas, kini semakin berkurang kepada satu kelas”, begitu luahan Puan Fauziah Sirat, seorang tokoh pendidik yang memperjuangkan nasib masa depan pendidikan sains di tanah air.

Menurut statistik terkini, pada tahun lalu, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012.

Perkembangan ini begitu membimbangkan lantaran keperluan negara pada masa hadapan yang begitu berhajatkan penguasaan sains dan teknologi, apatah lagi kita bakal menjejak ke Revolusi Industri 4.0.

Melihatkan kedudukan negara kita yang kurang memuaskan dalam matematik, pembacaan dan sains (menurut PISA) juga, trend semasa ini menambah kekaburan terhadap masa depan Malaysia di persada keilmuan dan pendidikan antarabangsa.

Image result for pisa stem ranking
Ranking negara berdasarkan metrik pencapaian dalam matematik, pembacaan dan sains, menurut PISA.

Menyentuh tentang punca merosotnya minat pelajar terhadap sains, Puan Fauziah membangkitkan tentang sentimen negatif masyarakat berkenaan subjek tersebut.

“Bila tanya kenapa tak nak ambil sains? Katanya sains susah nanti di slip SPM tak cantik. Mak ayah pun cakap, tak nak lah anak – anak ambil sains, susah, nanti anak stres. Juga mereka kata nanti tiada kerja”

Beliau menyatakan alasan – alasan ini membuatkan proses pembudayaan sains tidak dapat dipupuk.

“Pada saya sains bukan tentang pekerjaan. Profesi. Tetapi sains adalah tentang alam. Apabila itu semua hilang, maka banyak benda kita tak dapat buat”.

Antara usaha yang telah beliau ambil untuk menyemarakkan minat masyarakat terhadap sains adalah seperti Konferens Women & Girls in Science 2019 yang berlangsung baru – baru ini.

Image may contain: 8 people, people smiling
Konferens WGIS yang dikendalikan oleh Puan Fauziah Sirat.

Selain itu, beliau juga telah turut sama menjayakan program Fantasains anjuran AJAR yang melatih pelajar bereksperimen dengan seronok di samping menerapkan nilai – nilai murni berlandaskan sains.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and drink
Program Fantasains yang berkonsepkan ‘backyard science’ anjuran AJAR
Image may contain: 23 people, people smiling
Peserta – peserta yang seronok sertai sesi Fantasains
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts