“McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

Bagi pelajar, terutama pelajar kolej dan universiti, terdapat beberapa persoalan besar yang perlu ditanyakan setiap hari: 1) Apakah impak sistem pendidikan moden terhadap pembinaan rohani manusiawi, 2) Sejauh mana konsep plagiarisme ini perlu dilaksanakan memandangkan ilmu itu hakikatnya milik Allah dan soalan yang paling penting: 3) Eh kat mana nak belajar hari ni?

Kadang kala pengembaraan untuk mencari tempat terbaik belajar ini begitu membingungkan pelajar. Boleh pada satu malam mereka mengambil 20 minit mengemas buku dan fail untuk dibawa, 15 minit bergerak ke perpustakaan, 30 minit merayau – rayau di perpustakaan mencari tempat duduk, mendapati perpustakaan penuh sebab 3 hari lagi hari hantar FYP, ambil keputusan pulang ke bilik maka lagi 15 minit dihabiskan, kemudian rasa lapar pula maka buat maggi …. tahu – tahu 2 jam telah habis dan buku belum lagi dibuka.

Dan biasanya produktiviti malam tersebut ditamatkan dengan pelajar tersebut berehat sebentar di atas katil…. rehat yang mengambil masa 6 jam..

Maka antara trend terbaru pelajar adalah mencari tempat belajar di ruangan awam. Tetapi mereka tak memilih mamak, sebab mamak tempat berkumpul main Mobile Legends. Antara tempat yang popular untuk dijadikan perpustakaan kedua pelajar, menariknya, adalah McDonalds.

Gambar hiasan

Rata – rata memilih McDonalds atas beberapa faktor:

  • Pelajar tidak lagi perlu ke perpustakaan untuk merujuk buku. Sekarang semua maklumat boleh dicapai dengan cuma sebuah komputer riba.
  • Persekitaran McDonalds yang secara umumnya, bersih.
  • Suasana ‘lepak premium’
  • Akses kepada Wifi.

Bagaimanapun, trend menjadikan McDonalds ini sebagai tempat belajar baru – baru mula dipertikai oleh netizen yang merasakan tidak wajar restoran makanan segera itu ‘dirampas’ daripada pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan makanan.

Kredit gambar @tengkuahmadshafiq

Tular di media sosial gambar seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah restoran makanan segera popular bersama sebuah kadbod besar yang bertulis ‘Mcd tempat makan, bukan tempat study’.

Di Twitter, seorang pengguna mengongsikan kisah pelajar memarahi pengunjung McDonald yang lain kerana berbuat bising di hadapan mereka yang sedang belajar.

Tweet yang tular tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang lain.

Bagaimana pandangan anda? Wajar atau tidak McDonald dijadikan tempat belajar?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts