Kisah Peroket Termuda Malaysia

Siapa tak kenal Hiro Hamada, seorang remaja genius dalam sebuah filem animasi ‘Big Hero 6’. Kalini, kita bercakap tentang realiti ‘Hiro Hamada’ versi muslim di Malaysia.

Pada tahun 2020, Ajar sudah ‘review’ satu video mengenai seorang kanak-kanak Malaysia berumur 10 tahun yang sudah pandai mencipta roket. Lebih mengejutkan apabila roket yang dihasilkan bukannya daripada botol biasa yang selalu dipertandingkan di sekolah-sekolah. Tetapi, kanak-kanak ini yang bernama Khawarizmi telah bijak menggunakan perisian CAD Fusion 360 yang telah dipelajarinya pada usia 9 tahun, untuk merekabentuk model roket bahan api pepejalnya sendiri.

CAD Fusion 360 ni pula bukanlah perisian main – main. Kebiasaannya perisian ini akan digunakan oleh pelajar universiti untuk membentuk model 3D sebelum dijadikan model yang sebenar. Malah, kanak-kanak 10 tahun ini juga pandai memasang dan menggunakan 3D printer untuk mencetak model roket sendiri. Untuk pengetahuan semua juga, 3D printer ini juga kebiasaannya baru digunakan oleh pelajar kejuruteraan ketika di universiti. Subhanallah.

Kepakaran Khawarizmi merekabentuk, memasang dan melancarkan sendiri model roket bahan api pepejal ini sendiri menyebabkan Khawarizmi digelar sebagai Rocketeer Termuda Malaysia!

Ke’genius’an Khawarizmi tidak hanya terhenti di situ. Baru-baru ini, ayahnya telah memuat naik satu ‘posting’ di laman muka buku milik beliau mengenai perkembangan anaknya dalam fasa pandemik Kovid-19. Rupanya Khawarizmi telah memanfaatkan masa pandemik ini untuk mempelajari perisian ‘Unreal Engine’ dan membina permainan pelancaran roket maya. Dahsyat semangat anak muda ini!

May be an image of 1 person, screen and indoor

Dan sudah tentu setiap semangat dan kisah ada pencetus dan pemangkinnya. Dalam kisah adik Khawarizmi ini, ayahnya lah individu yang mengajar dan mendokong anaknya sehingga setara ini.

Kisah adik Khawarizmi ini seharusnya diketengahkan dan disebarluaskan lagi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja supaya dijadikan sebagai satu suntikan motivasi dan inspirasi untuk berani melaksanakan sesuatu yang luarbiasa walaupun skeptik masyarakat merasakan perkara tersebut mustahil untuk dilaksanakan oleh seorang budak. Segalanya terpulang kepada keinginan, usaha dan ‘mindset’ diri sendiri.

Perkara ini juga memerlukan kepada peranan ibu bapa untuk sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk menceburi bidang yang diminati selagimana hal tersebut berlandaskan kebaikan dan bermanfaat dalam kehidupan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dan mempelajari ilmu asas merekabentuk struktur model roket ini, kalian boleh kunci masa korang pada 3 April 2021 ini, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam untuk mendengar terus perkongsian daripada adik Khawarizmi kita ni, dan bersama ayahnya juga.

Mereka akan bersiaran langsung di saluran berikut :

1. Website : https://minggusainsnegara2021.com.my/

2. Facebook : https://www.facebook.com/roketstem

3. Facebook (peribadi) : https://www.facebook.com/kamarulzamankimia/

4. Youtube : https://www.youtube.com/SPACESTEMMALAYSIA/

Inilah masanya untuk jadikan diri anda, atau anak anda sebagai ‘Hiro Hamada’ Malaysia yang seterusnya! Atau Ibnu Firnas abad ke-21!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts