Universiti Cambridge Sedang ‘Berperang’ dengan Merpati. Dan Nampaknya Mereka Tengah Kalah…

Universiti Cambridge, antara universiti terbaik dunia yang memiliki otak – otak terbijak dalam kalangan manusia sedang menghadapi masalah unik.

Mereka ‘diserang’ dengan jatuhan najis burung merpati. Kakitangan, pelawat dan bangunan mereka dijatuhi ‘bom’ najis burung merpati sehingga mereka terpaksa mengambil tindakan.

Pigeon poo
Najis burung merpati merosakkan bangunan secara visual. sumber gambar.

Apa solusi minda – minda hebat di sana untuk menghalang serangan berterusan musuh mereka itu? Mereka … mahu memasang cerucuk tajam dan penghalang plastik di sekeliling bangunan mereka..

Related image
“Cerucuk besi ni buat rumah kami nampak 10x lagi menyeramkan. Tapi kurang – kurang kami menang perang lawan burung merpati!”

Cerucuk – cerucuk tersebut akan dipasang termasuklah pada bangunan klasik abad ke 15 yang mereka miliki.

Cambridge menerima ribuan pengunjung setiap tahun, tapi ramai di antara mereka menjadi mangsa burung merpati di sekitar kawasan King’s. Pakar kawalan makhluk perosak memberi nasihat kepada mereka untuk memasak cerucuk besi sebagai langkah terbaik menghalang burung bersarang.

Namun, isu ‘kesan visual’ pemasangan cerucuk besi juga menjadi kebimbangan, apatah lagi apabila dipasang pada bangunan – bangunan klasik mereka.

Pemasangan cerucuk besi untuk mengatasi masalah merpati dibuat di tempat – tempat lain sekitar London, termasuklah Stesen Victoria.

Tapi itulah, memandangkan ini Cambridge, maka agak kecewa juga apabila mereka tak cadangkan gelombang ultrasonik ke, atau sistem sensor automatik…

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts