Video Matematik Seram Ini Menang Tempat Pertama Pertandingan Video Pendidikan

Kalau anda diberi peluang sertai pertandingan hasilkan video pendidikan, konsep bagaimana yang anda akan buat?

Mungkin idea yang tak terfikir orang oleh orang adalah menggabungkan cerita seram dengan topik matematik (macam tak masuk!). Tapi itulah yang dihasilkan oleh Politeknik Merlimau Melaka sehingga mereka dinobat juara bagi kategori eMicro Content Competition (eMCC) dan meraih dua lagi anugerah sempena Cidos Inspiring Learning Awards (eDOLA) 2019.

Dalam video tersebut, apa yang ingin diajarkan adalah cara mengira sektor bulatan, tapi jalan ceritanya seolah – olah cerita seram Friday the 13th.

Kisah bermula dengan watak jahat menakutkan yang mencari mangsa di tengah malam sambil menghunus parang.

Seorang mangsa wanita kemudian ditangkap dan nampaknya seperti ditetak kejam?

Mangsa – mangsa si topeng ganas itu kemudian diheret dan dihumban ke gudang terbiar. Apa agaknya yang dia mahukan??

Dia mahu tanya soalan matematik tentang pizza ….. Dia suka pizza, jadi dia nak tahu berapakah luas kawasan sektor pizza sekiranya jejarinya 12cm dengan sudut 45° ? Mungkin sebab dia nak maksimakan jumlah pizza yang masuk dalam perut dengan duit yang terbatas (iya lah, penjahat pun mana boleh curi duit orang buat beli pizza. Haram tu masuk perut jadi darah daging).

Oh … ok.

Maka kemudian diterangkanlah cara menyelesaikan masalah matematik tersebut:

Maka setelah diselesaikan masalah tersebut adakah penjahat tersebut membebaskan tawanan – tawanan dan kemudian menghilangkan diri dalam kegelapan. Lebih baik dari itu, dia kemudian berkongsi pizza tersebut dan dapat tawaran untuk bertanya apa – apa soalan matematik lain. Sungguh mengharukan …

eDOLA 2019 adalah pertandingan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memberi pengiktirafan kepada pensyarah dan pelajarnya menunjukkan kepakaran pembangunan bahan dan penggunaan teknologi untuk aktiviti pengajaran serta pembelajaran.

Kita perlukan lebih banyak usaha untuk menghasilkan bahan pendidikan secara kreatif ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts