Sebuah video baru – baru ini tular apabila penyampai menerangkan tentang Ron 95 vs Ron 97. Tontonan video tersebut melebihi 1 juta di Facebook sahaja.
Bagaimanapun, topik tersebut telah mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada wargamaya kerana ramai yang mengkritik fakta – fakta yang disampaikan.



Pelbagai pihak telah tampil mengemukakan maklumat yang benar mengenai topik tersebut, termasuklah Dr Aid Fawzal, penemu Fawzal Number yang menghasilkan sendiri video untuk membetulkan dan menegur konsep RON pada minyak petrol.
Dalam video tersebut, Dr Aid Fawzal mengemukakan sisi akademik mengenai:
- Kapasiti Enjin
- RON
- Nisbah Mampatan
- Hubungkait RON dengan nisbah mampatan
- Dan persoalan semasa.
Antara beberapa isi penting yang beliau sampaikan adalah:
- Melihat saiz enjin dengan merujuk saiz piston adalah tidak tepat.
- RON bukan penentu aras tenaga.
- RON yang lebih rendah bukan bermakna ia lebih mudah terbakar. Untuk tentukan mudah terbakar atau tidak, perlu rujuk flash point (takat kilat) dan explosive limit.
- Tiada masalah enjin ber cc kecil guna RON besar atau sebaliknya.
- Yang paling penting, lihat pada spesifikasi kereta oleh kilang.
- Enjin sekarang moden, ada knock detection tersendiri, apa yang diisi tidak membawa kerosakan.
Menyebut tentang tujuan penghasilan video tersebut, beliau mengatakan bahawa ia hanyalah satu usaha untuk memperbetul fahaman masyarakat selain menjadi kritikan pembina kepada penyampai.
Anda (penyampai & producer) bagus dalam keyakinan/confidence tapi anda perlu berhati-hati dan semak fakta sebelum menyampaikan sesuatu; tabayyanu.