Selama ini kita mengenali kuantiti atau persamaan saintifik dan matematik dengan nama – nama Inggeris, seperti Reynolds Number, Bernoulli’s Principle, Pascal’s Triangle…
Tapi siapa sangka rupa – rupanya terdapat kuantiti saintifik dengan nama Melayu, yang dipanggil Fawzal Number (Fa).
Kuantiti yang disandarkan kepada bapa Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) itu asalnya dinamakan “Cooling Performance Index” yang diperkenalkan Dr Syahid dalam kajian PhDnya di UK.

Kemudian indeks tersebut mula dipanggil sebagai Fawzal Number untuk memudahkan ia dikenali rakan penyelidik, dan mula dikenali di dunia akademik.
Nombor Fawzal
Nombor Fawzal adalah kuantiti tidak berdimensi yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan (convective heat transfer) atau kapasiti penyejukan (cooling capacity) dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk (design) tersebut.
Nombor Fawzal didefinisikan sebagai:

Nombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik.
Secara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.
Aplikasi
Penemuan nombor Fawzal tersebut bertujuan untuk membantu pereka cipta dan pengkaji dalam menentukan reka cipta bagaimana yang lebih baik.
Hasil daripada penemuan ini, kerja – kerja teknikal & reka bentuk Dr Ahmad Syahid telah digunakan oleh syarikat tajaan PhD dalam menghasilkan produk mereka.

Dr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam rotor cooling technique untuk mesin electrik berkuasa tinggi.
Dengan adanya sistem penyejukan tambahan ini (secondary cooling system: primary cooling adalah stator cooling), lebih kuasa dapat dijana dengan reliability dan efficiency yg tidak terjejas.
Nombor Fawzal telah diguna pakai oleh syarikat penaja, yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200%. (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW).
Kini produk mereka telah digunapakai oleh beberapa pengeluar supercar & hypercar bersama dengan “sistem teknologi penyejukan (cooling system technology) yang telah beliau hasilkan.
Hasil penemuan ini, nama Dr Aid Fawzal tersenarai sebagai nama ke 155 senarai Melayu hebat oleh majalahlabur.
Bacaan lanjut: Ahmad Syahid Fawzal – Google Scholar