Fenomena Sotong Berubah Warna Bila Ia Bermimpi Ini Pertama Kali Dirakam. Memang Buat Kita Ternganga!

Apa yang sotong tak boleh buat? Hidupan bijak ini mampu lepaskan diri dari akuarium ala David Blaine, main sorok – sorok, selesaikan teka – teki, malah boleh jadikan sesungut mereka sebagai alat bertukang.

Hidupan laut ini miliki ciri – ciri yang begitu istimewa sehingga ada yang keluarkan spekulasi bahawa cephalopod ini datang daripada angkasa lepas.

Sekarang, nampaknya ada satu lagi perkara menarik yang kita tahu dimiliki oleh sotong, mereka bermimpi.

https://www.youtube.com/watch?v=0vKCLJZbytU

David Scheel, seorang profesor biologi marin di Universiti Alaska Pasifik membela seekor sotong bernama Heidi dalam tangki air ruang tamunya. Suatu hari, beliau perasan satu fenomena yang dramatik. Berkemungkinan sotong kesayangannnya sedang bermimpi.

Dalam video tersebut, Heidi nampak seperti sedang tidur dengan kaki sesungutnya dilipat rapi. Secara beransur – ansur, warna tubuhnya berubah – ubah.

Menariknya, menerusi pertukaran warna Heidi, kita seakan boleh meneka mimpi apa yang sedang bermain dalam mindanya.

Animated GIF

Sekarang ia nampak ketam, dan warnanya berubah sikit.

Animated GIF

Kemudian warnanya berubah menjadi hitam! Sotong lakukan itu apabila mereka tinggalkan lantai laut.

Animated GIF

Kini warnanya berubah mula menjadi seperti penyamaran. Mungkin Heidi sudah pun berjaya menangkap ketam tersebut dan mahu menjamah tanpa gangguan.

Bagaimanapun Prof Scheel mengatakan bahawa beliau bukan ahli biologi mimpi haiwan dan tiada tiada kajian penilaian rakan sejawat tentang fenomena ini. Maka apa yang dianggap sebagai mimpi hanyalah perbandingan perkara yang kita biasa alami sebagai manusia.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts