“Women In Space”
“Wanita di Angkasa”
Tahukah anda, ayat di atas merupakan tema yang dipilih oleh MOSTI dan Planetarium Negara bagi satu inisiatif Big Bang Astronomy yang bertujuan untuk menyemarakkan pembudayaan dan pengaplikasian Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di Malaysia, serta untuk mengikut teras kelima Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030.

Inisiatif ini telah bermula sejak 27 Ogos yang lalu dan dijangka tamat pada 30 November 2021.
Tema ini dipilih kerana untuk memberi inspirasi dan galakan kepada generasi muda, terutamanya di kalangan wanita untuk melibatkan diri dalam industri astronomi dan astrofizik, selain bertujuan memberi pengiktirafan kepada sumbangan wanita dalam bidang astronomi dan sains angkasa.
Oleh itu, salah satu acara fizikal di bawah Program Big Bang Astronomy ialah pameran maya Srikandi Angkasa yang memperkenalkan 13 orang ahli astronomi wanita Malaysia.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi acara-acara lain yang bersesuaian untuk masyarakat umum keseluruhannya telah tersedia demi merakyatkan astronomi Negara dalam usaha memupuk minat ‘Keluarga Malaysia’ untuk meneroka, mendalami dan terus menerajui industri astronomi dan sains angkasa.
Dengan sokongan oleh 21 rakan trategik dan penggiat ekonomi serta 21 orang ahli astronomi profesional Malaysia, Planetarium Negara telah menganjurkan 15 aktiviti utama yang berkaitan.
Dalam majlis pelancaran Big Bang Astronomy semalam, YB Menteri telah mengumumkan pembukaan semula Planetarium Negara pada 12 November 2021 dan kemasukan adalah percuma untuk tiga hari awal.
“Sempena hari pelancaran Big Bang Astronomy 2021, MOSTI akan membuka semula Planetarium Negara secara percuma bermula 12 hingga 14 November 2021,”
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba.

(Sumber foto : Laman Muka Buku Rasmi MOSTI)

(Sumber foto: Laman Muka Buku Rami MOSTI)
Maka, rakyat Malaysia boleh mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak melawat Planetarium Negara dengan kemasukan secara percuma pada 12 hingga 14 November ini bagi merasai dan meneroka sendiri setiap aktiviti yang telah tersedia.
Selain kita membawa ahli keluarga melancong di kawasan peranginan, bawalah juga mereka ketempat-tempat tarikan intelektual sebegini, terutamanya keluarga yng mempunyai anak-anak kecil. Hal ini sangat baik sebagai pendedahan awal untuk membuka minda mereka mencorak masa hadapan dengan lebih baik.
Untuk mendapatkan info lanjut dan semasa mengenai program ini, para pembaca boleh terus mendapatkannya melalui laman muka buku Planetarium Negara.
RUJUKAN
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=242948954527434&id=100064369942037