Malaysia agak ketandusan figura – figura selebriti yang sesuai menjadi ikutan dan teladan ramai.
Malang sekali apabila nama – nama yang melonjak naik menjadi terkenal dewasa ini adalah mereka yang mempopularkan penukaran jantina, aksi – aksi tidak sopan, menjual produk – produk rendah nilai, dan mengejar populariti murahan.
Namun baru – baru ini, dunia selebriti Malaysia seakan mendapat satu cahaya baru apabila timbul watak baru daripada latar belakang yang tidak disangka – disangka: perguruan matematik.
Cikgu Uzairi Taib mendaki tangga populariti melalui pengajaran matematik beliau yang unik, bertenaga dan sempoi.
https://www.youtube.com/watch?v=Tx00dI4_1wY
Video – video pengajaran matematik beliau tular di media sosial sehingga ratusan ribu tontonan, malah turut dikongsi bersama pengguna aplikasi sosial antarabangsa.
Beliau juga dijemput sebagai tetamu jemputan khas pelbagai platform media arus perdana seperti NTV7, Erafm, Hottv, Astro dan Zayan.
Kali terakhir media kita digegarkan dengan matematik mungkin adalah pada waktu Adi Putra dahulu.
Rata – rata memuji cara pengajaran Cikgu Uzairi yang amat kena dengan jiwa orang muda masa ini:
“Kalau aku beljaq math dengan sir ni mesti aku takkan gagal math dulu hahaha”
“Saya memang tak pandai math,tapi saya rasa kalau saya belajar dengan sir bolehlah sikit takdelah stress sangat,apepun doakan saya buat ybg terbaik pt3 ni”
“Awat lah tak jumpa sir Uzairi ni time belajaq dulu. ? kalau tak,confirm A maths dulu
Mungkin sudah tiba masanya kita mulakan arus baru mempopularkan mereka yang sememangnya memberi manfaat kepada masyarakat.