Video Pendidikan Fizik Seram Ini Menangi Tempat Pertama

Siapa sangka, dalam banyak – banyak cara pengajaran fizik, pendekatan video seram boleh jadi cukup berkesan?

Video yang dihasilkan oleh pasukan pelajar Politeknik Merlimau, Melaka bertajuk  “Thermal Equilibrium: How To Determine Heat Lost & Heat Gained” (Keseimbangan terma – bagaimana menentukan haba yang hilang dan haba yang diterima) ini memenangi pertandingan eMicro Video Content Competition baru – baru ini.

Video tersebut merupakan cara kreatif pengajaran mengenai topik keseimbangan terma, satu topik fizik yang biasanya dianggap membosankan, tetapi kali ini dipamerkan dalam bentuk media yang cukup popular di Malaysia.

Iaitu dengan tema seram, mungkin kerana banyaknya filem seram negara kita yang box – office. Selepas ini mungkin Shamsul Yusof boleh ambil idea membuat filem seram bercirikan pendidikan daripada pelajar – pelajar ini.

Mungkin boleh berikan nama … Muna …phtalene 3… (Wow teruknya lawak)

Jalan Cerita

Video bermula dengan seorang pelajar bernama Rafiq yang melihat kelibat gelap mengikuti dirinya. Namun dia membiarkan saja dan masuk ke dalam kelas, di mana pensyarah sedang mengajarkan definisi ‘keseimbangan terma’.

Namun dia hilang fokus dan bermain telefon, (walaupun pensyarah tersebut bukan main lawa). Kemudian dia tinggalkan kelas bersama rakan.

Apabila dia memasuki kereta, kelibat gelap tersebut muncul di kerusi belakang sebagai seorang wanita, yang menanyakan Rafiq sama ada dia sudah memahami apa itu ‘keseimbangan terma’.

Kita kemudian ke adegan bilik gelap dimana pensyarah memberikan penjelasan terperinci. Kali ini, Rafiq memberi perhatian sepenuhnya.

Adegan kemudian dipotong balik kepada Rafiq yang masih berada di kerusi pemandu. Dia kelihatan bingung hingga dibangunkan oleh kawannya.

Pasukan Produksi

Video tersebut dihasilkan oleh Mohamad Ridzuan Amer, 23, Alaudin Rafiq Rosman, 24, Aida Kamalia Arman, 20, Olivia Lamba Sandom, 20, dan Puven Raj P.Chazian, 19.

Mereka mengatakan memang tujuan mereka mengetengahkan konsep lain dari yang lain untuk menarik perhatian juri.

“Kami sengaja biarkan video tersebut tergantung supaya penonton tertanya – tanya apa yang akan berlaku. Kami boleh jadikan ini sebagai bahan sekuel untuk pertandingan lain” Kata pensyarah Rizman Ezani Razali.

Video tersebut memenangi tempat pertama daripada 200 penyertaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts