Ini 10 Jenama Pencemar Plastik Terbesar di Dunia

Audit terbaru daripada breakfreefromplastic.org telah berjaya mengenal pasti syarikat – syarikat gergasi yang ‘menyumbang’ paling banyak pencemaran plastik dalam dunia.

Sebanyak 8000 jenama telah dianalisa membabitkan 51 negara dan 1800 organisasi untuk menggesa entiti – entiti syarikat ini bertanggungjawab terhadap jenayah yang mereka telah lakukan terhadap alam sekitar.

Banyak negara di Selatan Glob telah dipersalahkan atas pencemaran plastik. Tapi audit tersebut mendedahkan negara – negara Eropah dan US lah yang bertanggungjawab hasilkan jumlah plastik yang besar dan menyebarkannya ke serata dunia.

Maka, syarikat – syarikat gergasi tersebut bersalah secara langsung ke atas krisis kesihatan, iklim dan kemiskinan dunia.

Sebelum ini, negara pernah dikecohkan apabila sampah plastik daripada Eropah dan Amerika dihantar ke Indonesia, Thailand dan Malaysia kerana kos yang murah.

Berikut adalah jenama pencemar plastik terbesar di dunia.

Perfetti

Philip Morris International

Colgate – Palmolive

Procter & Gamble

Mars

Unilever

Mondelez International

Pepsico

Nestle

Coca Cola

Dan pemenangnya, sekali lagi, adalah Coca Cola. Tahniah!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts