Perfect 4.0 Setiap Semester Di Uni US. Ini Rahsia Irdina!

Seorang pelajar Malaysia yang tular baru-baru ini kerana kejayaannya yang luar biasa setelah menduduki tempat pertama, mengalahkan hampir 10,000 graduan di sebuah universiti di Amerika Syarikat adalah menakjubkan. Beliau yang merupakan pelajar di Universiti Virginia Tech, Amerika Syarikat perlu dijadikan inspirasi kebanyakan anak muda Malaysia.

Berikutan itu, Cik Irdina Shahriman telah menerima anugerah khas kecemerlangan graduan senior, Phi Kappa Phi oleh Kolej Kejuruteraan Virgina Tech. Anugerah tersebut istimewa diberikan kepada graduan yang benar-benar cemerlang dalam keputusan akademik dan beliau telah membuktikan kecemerlangannya sepanjang mendalami kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrikal bermula tahun 2018 sehinggalah tahun 2021 di universiti tersebut.

Menurut Cik Irdina, ketabahan dan sikap percayakan diri telah membantu dirinya melalui kesukaran kehidupan dan cabaran di Virginia Tech. Beliau mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang genius, tetapi beliau berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam pembelajarannya.

Pada awalnya, beliau berjuang dek tidak biasa dengan sistem pendidikan di sana yang menekankan aspek penyampaian pendapat, kreativiti, dan berfikir di luar kotak.

Manakala, peperiksaan akan dijalankan sebanyak dua kali seminggu sepanjang semester.

Biarpun beliau begitu bekerja keras, beliau juga memastikan dirinya terjaga, dengan menjalani gaya hidup yang seimbang dan mengelakkan daripada keletihan badan.

Antara kejayaan hebatnya ialah beliau merupakan pemegang biasiswa Yayasan Tenaga Nasional. Selain itu, beliau telah dianugerahkan senarai dekan kerana mencapai GPA 4.0 untuk semua semester. Pada sesi 2018-2019 dan 2019-2020, beliau telah meraih kedudukan pertama di peringkat universiti, kolej dan kedudukan utama. Manakala, pada tahun 2017/2018, Cik Irdina telah menerima Anugerah Ketua Eksekutif (Chief Executive’s Award) di Kolej Pendidikan INTEC.

Malah, beliau turut terlibat aktif dengan kerja-kerja sukarelawan ketika di Amerika Syarikat yang melibatkan khidmat masyarakat dan santuni anak-anak yatim.

Kini, Cik Irdina telah kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya di  Tenaga Nasional Berhad.

Nasihatnya, “Terimalah dan yakini proses pembelajaran, itulah yang amat penting. Sentiasa tetapkan niat yang betul dan terjemahkannya dalam tindakan.”

Subhanallah! Tahniah Cik Irdina. Semoga kejayaan ini dapat menginspirasikan lebih ramai anak muda untuk memartabatkan ilmu dan melakar kecemerlangan dalam kehidupan demi agama, bangsa dan Negara.

Kredit : Facebook Richard Ker.

Total
213
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts