Ciptaan Kaca Dari Batang Pokok Pisang Saintis Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa

Prof Madya Ts. Dr. Ervina Efzan Mhd Noor dari Multimedia Universiti (MMU) mengharumkan nama negara apabila memenangi dua anugerah di Global Women Inventors & Innovators Network (GWIIN), London.

Beliau berjaya merangkul pengiktirafan Gold Innovator Award dan Special Recognition Award di majlis terkemuka yang mengumpulkan usahawan – usahawan wanita berprolifik seluruh dunia tersebut.

Hampir 500 peserta dari pelbagai negara seperti UK, Italy, Iceland, Ghana, Kuwait, Thailand dan Malaysia  memasuki pertandingan ini.

Calon-calon termasuklah mereka yang kreatif, inovatif, inovatif, usahawan, saintis, jurutera, ahli teknologi dan pereka wanita.

Idea inovasi yang dibentangkan oleh Dr Ervina telah menawan 9 juri hebat dari pelbagai bidang.

Pembentangan idea inovasi di hadapan juri terkemuka

B – Glass (Kaca dari Batang Pokok Pisang)

Dr Ervina yang merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, MMU Melaka telah mengetengahkan inovasi Banana Stem Glass atau kaca dari batang pokok pisang.

Idea untuk menghasilkan inovasi ini bertitik tolak daripada krisis pertambahan kuantiti dan jenis bahan buangan, kekurangan tapak pelupusan sampah dan kemerosotan kuantiti bahan semulajadi.

B – Glass ini adalah manifestasi cara yang inovatif mengitar dan menggunakan semula bahan buangan.

B – Glass adalah gabungan batang pokok pisang dan bahan mentah yang diadun untuk menghasilkan kaca.

Menariknya, inovasi Banana stem glass ini:

  • mampu untuk meningkatkan kualiti kaca,
  • mengurangkan kos sebanyak hampir 20% kerana batang pokok pisang lebih murah berbanding bahan mentah sedia ada lain yang mahal.
  • Kandungan potassium / kalium yang tinggi mampu meningkatkan kemampuan tahan cuaca lantas menjadikannya tahan lebih lama

Apabila ditanya tentang perasaan memenangi anugerah berprestij ini, Dr Ervina menjawab:

“Idea yang secebis ini dtg dari Allah. Semoga berguna untuk masyarakat”

Tahniah Dr Ervina!

Total
309
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts