Kenapa Panjang 1 Meter … 1 Meter?

Tonton versi video di sini

Cuba bayangkan kita hidup pada zaman yang tak ada pembaris. Macam mana kita nak ukur ketinggian kita?

Orang zaman dulu, sebelum penciptaan alat ukuran yang piawai, menggunakan anggota badan mereka sebagai alat ukuran relatif. Mereka guna:

  1. Jengkal – ukuran tangan manusia dari ujung ibu jari sampai ujung jari kelingking
  2. Depa – panjang yang diukur dari ujung jari ke ujung jari lain dari kedua lengan yang direntangkan
  3. Hasta – dari hujung siku sampai ke hujung jari hantu.
unit-ukuran-5-638.jpg
Gambar ini tiada kaitan dengan mana – mana parti politik.

Tapi ini bermasalah sebab setiap orang lain ukuran anggota badan masing – masing. Ada yang jengkal mereka lagi panjang, ada yang lagi pendek. Jadi nak guna yang mana satu? Silap – silap boleh buat gaduh.

Untuk selesaikan masalah ini, kita boleh gunakan konsep ‘piawai’.

Iaitu contohnya, kita ambil sebatang kayu, dan semua orang boleh diukur berdasarkan panjang batang kayu tersebut. Jadi tak ada masalah bergaduh, kalau semua orang setuju.

kayu.PNG
“Berapa tinggi kau?” “1.8 batang”

Tapi datang masalah yang lain, macam mana kalau kayu tersebut patah? Macam mana kalau sebelum patah, satu bandar dah bersepakat jadikan batang kayu tersebut sebagai sumber rujukan ekonomi, industri dan sosial? Tak ke huru hara jadinya?

Maka kini datang satu soalan baru. Macam mana kita nak pilih satu unit ukuran piawai yang stabil, selamat dan kekal? Barang apa kita nak guna?

Untuk faham soalan ini kita beralih sebentar kepada konsep berat – kilogram.

Berat Kilogram Anda Datang Dari Mana?

Apabila satu dunia menyebut ‘1 kilogram’, mereka sebenarnya merujuk kepada satu prototaip bongkah silinder di Perancis. 1 Kilogram adalah jisim satu silinder tersebut.

The--international-protot-007.jpg
 International Prototype of the Kilogram (IPK)

Maksudnya berat 80 kg anda tu adalah jumlah jisim 80 bongkah silinder tersebut.

Image result for fat cat
“Aku tak gemuk. Alat penimbang salah! Sebab bongkah silinder depa salah!”

Kenapa silinder tersebut dipilih jadi sumber rujukan untuk berat? Sebab ia diperbuat daripada 90% platinum dan 10% iridium, menjadikannya sangat tahan hakisan dan stabil. Silinder itu juga dikawal dengan sangat rapi dalam peti besi dan hanya tiga kunci diberikan dalam dunia, menjadikannya sangat selamat.

Jadi adakah silinder ini akan kekal jisimnya dan tak akan berubah sampai bila – bila? Jawapannya tidak. Sebab tiada benda fizikal yang akan kekal.

Dan itu terbukti apabila perbandingan silinder tersebut dengan prototaip salinannya menunjukkan perbezaan setelah seratus tahun. Bermakna, jika jisim silinder itu hakikatnya berubah, konsep berat satu dunia pun akan turut berubah sama.

perubahan.JPG
Perubahan jisim prototaip dengan salinan.

Jadi soalan yang sama berulang, ada tak perkara dalam dunia yang tak berubah dan boleh kita buat jadi rujukan fizikal?

Sebenarnya ada, dan inilah yang membuatkan konsep ‘meter’ sangat menakjubkan. Sebab ia datang dari kelajuan cahaya.

Meter dari Malar Alam Semesta

Kelajuan cahaya dalam vakum iaitu 299 792 458 m / s adalah salah satu daripada tujuh malar alam semesta yang ditemui.

constants-32.jpg

Menurut Stephen Hawkings, kelajuan cahaya adalah malar yang absolut, sentiasa sama, dan tidak relatif dengan apa pun.

Maka jarak ‘1 meter’ yang kita gunakan setiap hari sebenarnya bermaksud jarak yang dilalui oleh cahaya dalam  1 / 299,792,458 saat. Itulah asal usul kepanjangan pembaris 1 meter anda.

Dan ini adalah sangat menakjubkan sebab jarak 1 meter adalah amat stabil dan tidak berubah, sebab rujukan asalnya iaitu kelajuan cahaya sentiasa malar.

Macam Mana Boleh ada Malar Alam Semesta?

Hakikatnya, kewujudan malar dalam alam semesta, di samping sangat berguna sebagai alat ukuran, adalah perkara yang amat menakjubkan jika difikirkan secara mendalam.

Menurut Dr Muhammad Doudah, kewujudan malar dalam alam fizikal kita adalah bukti jelas, kewujudan peraturan dan undang – undang alam.

Maka jika ada undang – undang dan peraturan, maka kesimpulannya, sudah pasti ada Penggubalnya.

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts