Swan Hitam – Masalah yang Sains Tak Boleh Selesaikan Sampai Sekarang.

Pernah dengar tentang masalah swan hitam?

Cerita dia, orang Eropah temui ribuan swan di tempat mereka. Semua warna putih.

Maka setelah beribu – ribu kali membuat pemerhatian yang sama mereka buat satu klaim  

“Semua swan berwarna putih”  

Kesimpulan ini tepat bukan? Jika daripada beribu – ribu sampel, kesemuanya miliki ciri – ciri yang sama, maka kesimpulannya untuk semua sampel yang ada pastilah sama ciri – cirinya kan?

Namun kemudian mereka berjumpa pula dengan seekor swan berwarna hitam di Australia. Maka runtuhlah keseluruhan klaim yang mengatakan semua swan mesti berwarna putih tersebut.  

Ini adalah masalah klasik dalam sains, yang dipanggil ‘the problem of Induction’. Iaitu lebih kurang begini  

1) Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kita, kita perhatikan bahawa perkara ini pasti berlaku sebegini. Ia berlaku setiap kali tanpa pernah berubah.

2) Maka kita simpulkan perkara ini pasti berlaku begini di mana – mana, bila – bila jua. (generalisation)

3) Jadi pada masa depan dan selanjutnya, perkara ini pasti akan berlaku begini secara tetap tanpa berubah (prediction).   Induksi adalah asas sains moden. Kita buat eksperimen, ulang banyak kali, datangkan generalisasi (biasanya dalam bentuk persamaan matematik), kemudian hasilkan teori yang akan cuba meramalkan masa depan berdasarkan anggapan peristiwa alam sentiasa sekata.   Contoh menggunakan teori pergerakan Newton, kita boleh ramalkan bila kereta kita akan sampai di kampung pada waktu pukul 7.

Cuma masalahnya, hakikatnya tak pernah akan terjamin bahawa keseragaman itu akan berkekalan. Dan tiada sebab untuk ia kekal seragam. Boleh saja pada masa akan datang timbul satu data pemerhatian yang bakal meruntuhkan teori saintifik tersebut, sama seperti teori swan putih tadi.  

Bertrand Russell, seorang ahli falsafah Barat menyimpulkan pemikiran ni semacam ayam yang tiap – tiap hari akan diberi makan pukul 7 pagi. Jadi ayam tu buat kesimpulan esok pukul 7 pagi aku akan diberi makan juga. Namun keesokan harinya pemiliknya sembelih ayam tersebut.  

Maka David Hume, ahli falsafah sains terkenal, menganggap bahawa tak kira betapa banyak pun pemerhatian kita buat, kesimpulan kita sentiasa boleh saja salah keesokan harinya. Jadi bermasalah lah untuk orang yang menganggap ‘sains sentiasa benar’.  

Kita setiap hari tengok matahari terbit. Maka kita anggap berdasarkan pemerhatian dari pengalaman yang lepas, hari esok pun matahari akan terbit. Tapi boleh saja Allah tahan matahari dari terbit esok hari.

Macam al Ghazali kata “Tuhan Maha Berkuasa, jadi macam mana kita boleh yakin alam akan bergerak macam kita jangka bila Dia boleh saja tunggang terbalikkan bila – bila masa?  

Rujukan : Ladyman, James (2001). _Understanding Philosophy of Science_. Routledge.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts