Perkongsian ini merupakan tulisan Najmudin Jimi yang mengambil jurusan sarjana Sains Kebinatangan
Di musim graduasi ini, saya terdetik untuk turut berkongsi berkenaan graduan, peluang pekerjaan dan universiti. Antara graduan yang paling terlepas pandang adalah graduan bidang biologi, bioteknologi dan yang sewaktu dengannya.
Kami graduan ini sebenarnya amat minat terhadap cabang sains hayat, tapi ekonomi, peluang pekerjaan dan latar malaysia yang tidak memberangsangkan menekan kami untuk terpaksa berubah arah dan melupakan impian usang untuk meneruskan dalam bidang ini.
Maka saya di sini menulis beberapa cadangan untuk mereka yang terbit dari bidang ini untuk terjun ke bidang lain tetapi masih boleh mempraktikkan ilmu kalian.
Pelancongan berasaskan alam (Nature tourism)
Ramai yang terlepas pandang bahawa bidang pelancongan menjanjikan pendapatan lumayan dan dalam masa yang sama boleh mengembara, secara percuma. Tapi banyak yang terjun ke bidang ini lahir dari bidang sains sosial. Kita (graduan bio) ada ilmu yang berstruktur tentang alam mikrob, tumbuhan, haiwan, dan ekosistem. Bahkan kita tahu teknologi yang diguna pakai untuk pembuatan virus, vaksin, primer dan sebagainya. Maka kalau kita mula terjun ke bidang ini kita ada satu pemangkin untuk terkehadapan. Cuma kemahiran komunikasi sangat penting.
Kemahiran yang penting: Komunikasi, bahasa inggeris dan bahasa ketiga, pengurusan program.
Pertanian
Pertanian ini selalu dipandang sepi oleh golongan kita. Bukannya tak tau teknik cell culture yang buat kat lab tu, bahkan dah banyak kali ulang experiment untuk klon anak pokok. Boleh je belajar untuk DIY sendiri dan jual anak pokok tersebut. Pertanian tak semestinya kena berpeluh tubuh, duduk tengah ladang, kutip cili. Tapi kita boleh jadi pengedar untuk petani sedia ada. cuba buat baja kompos sendiri, yogurt sendiri, dan banyak lagi.
Skil yang penting: DIY kena hebat, lasak, mempunyai tanah untuk diusahakan .
Pendidikan
Pendidikan adalah tempat yang tak pernah lupus sumber rezeki. Tak semestinya pendidikan formal, bahkan kesedaran awam (public awareness) juga tergolong dalam bidang pendidikan. Boleh sertai NGO yang meyebarkan kesedaran awam berkenaan pemanasan global, konservasi, pasal vaksin, pengetahuan perubatan dan sebagainya.
Kalau pendidikan formal, boleh masuk tuisyen ataupun sekolah. Bahkan kita boleh pergi jauh dengan menceritakan kepada pelajar tentang kemajuan teknologi dalam bidang biologi itu sendiri.
Skil yang penting: Pengajaran & Pembelajaran, designing, penulisan.
Konsultan Kempen Pemeliharaan
Yang ni masih baru, dan saya kurang pasti kebolehpasaran dia macam mana. Tapi, sejak tengok iklan maxis dan spritzer/cactus tak silap, syarikat besar ini mula mensasarkan conservation sebagai CSR diorang. Pasarkan diri anda ataupun mula ceburi bidang-bidang pemuliharaan ini untuk berjaya menerobos masuk syarikat gergasi sebagai consultant mereka untuk CSR dan PR. Jadi pakar dan kena sembang kemas. Mulakan portfolio dengan projek-projek berkaitan pemuliharaan.
Skil yang penting: Pemasaran korporat, pengurusan projek, networking luas.
Malim gunung
Kalau minat nature dan hiking. Ini tempat anda. Saya pernah tanya malim gunung ledang, pendapatan purata untuk jadi malim gunung sahaja (separuh masa) adalah RM 1000 sebulan. part time beb. Kat sini korang boleh tambah nilai sebagai malim gunung dengan ilmu biologi dan ekosistem. Lengkapkan diri dengan ilmu untuk terangkan peranan pokok tertentu, jenis hutan tertentu, haiwan dan serangga yang ada kat microhabitat dan macrohabitat untuk tambah nilai korang. Bila sudah lama, pasaran korang bukan sekadar tempatan dan nasional, bahkan antarabangsa.
Skil yang penting: Fit and lasak, kemahiran hidup mandiri and pengetahuan, komunikasi, cinta alam sekitar.
Itu sahaja yang saya dapat kongsikan, semoga berjaya kepada graduan sekalian. Tahniah atas kejayaan anda. Doakan saya siap sarjana.
– Sarjana Sains kebinatangan