Akademi Sains Malaysia telah memilih 24 individu berwibawa sebagai penerima Top Research Scientist Malaysia untuk kitaran ke tujuh bagi tahun 2018.
TRSM yang dilancarkan pada tahun 2010 merupakan satu inisiatif untuk mengenal pasti dan mengiktiraf saintis – saintis penyelidik Malaysia yang terkehadapan dan aktif mengembangkan ufuk penyelidikan ke arah menghasilkan ilmu – ilmu, penemuan dan peluang – peluang baru.
TRSM berhasrat mengetengahkan penyelidik – penyelidik hebat tersebut untuk dikenali sebagai aset – aset negara, di samping mengembangkan pangkalan data untuk kajian dan rujukan pengkaji – pengkaji lain.
Sehingga sekarang 157 individu telah terpilih untuk menerima anugerah ini sejak dari tahun 2012.
Berikut adalah senarai saintis – saintis penyelidik terbaik Malaysia untuk tahun 2018, beserta deskripsi bidang dan sumbangan mereka, diambil daripada portal Akademi Sains Malaysia :