Kisah Kim Ung Yong, Anak Super Genius yang Tak Bahagia dan Akhirnya Mahu Hidup Normal.

Apa perasaan anda jika anda dapat menjadi seorang genius dengan IQ paling tinggi di dunia?

Mungkin anda akan berasa sangat bangga, mungkin anda mahu selesaikan masalah – masalah paling sukar dalam sejarah, atau mungkin anda mahu menikmati populariti sebagai ‘manusia paling bijak dunia’.

Namun lain ceritanya dengan Kim Ung – Yong, seorang yang dilahirkan sebagai genius yang menggemparkan Korea, tapi kemudian dicop sebagai ‘bakat yang gagal‘. Betulkah gagal?

Kisah Kim Ung Yong

Kim Ung Yong yang dilahirkan pada tahun 1963 mampu bertutur hanya pada usia 6 bulan. Pada umur 3 tahun, beliau sudah mampu membaca Korea, Jepun, German, Inggeris dan beberapa lagi bahasa lain, kerana tidak mahu bosan.

KIM UNG YONG
Kim Ung Yong pada usia sangat muda, sudah mula menyelesaikan masalah pengamiran.
Kim Ung – Yong, pada usia 7 tahun, menyelesaikan masalah matematik di TV Jepun

Pada usia 7 tahun beliau sudah dipanggil oleh stesen TV Jepun untuk menyelesaikan masalah pembezaan matematik secara lintas langsung. Kita pada usia sebegitu mungkin masih bermain pemadam atau kad Yu- Gi – Oh. Mungkin baru boleh baca Iqra’ satu. 

Kehebatan luar biasa anak kecil ini kemudian mendapat perhatian NASA. Orang Amerika menganggap bakat luar biasa minda manusia ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Oleh itu, pada usia 8 Tahun, Kim Ung Yong dijemput ke NASA

Pada mulanya, beliau diberikan beberapa aktiviti pembelajaran. Kemudian pada 1974, beliau mula bekerja bersama beberapa individu hebat yang lain. Beliau menghabiskan masa hampir satu dekad bersama NASA.

Menakjubkan bukan? Beliau juga mengambil ujian IQ dan mendapat skor 210, antara yang paling tinggi dalam sejarah manusia. Bukan itu saja, beliau memperoleh PhD pada usia 15 tahun! Wow! Kita di kolej usia 20 tahun pun sudah mahu menangis!

Kim Mula Merasa Kesunyian dan Tertekan

Namun bagi Kim, pencapaian tersebut tidaklah begitu menggembirakan buatnya. Beliau menganggap kehidupan beliau pada waktu itu sebagai satu tempoh kesunyian, hidup seperti robot.

“Pada waktu itu, saya hidup seperti mesin. Saya bangun, selesaikan masalah persamaan matematik harian, makan, tidur dan berterusan. Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya kesunyian dan tiada kawan” Kata Kim yang mengungkap kembali kisah hidupnya.

Image result for kim ung yong wasted talent

Disebabkan terlalu rindukan ibunya, beliau sedari hidupnya bermasalah, maka beliau tinggalkan NASA dan kembali ke Korea.

Kim Dicengkam Pula Pihak Media

Sekembalinya ke Korea, Kim yang mengganggap dirinya mampu memperoleh ketenangan dan kebahagian, kini ‘diserang’ pula oleh media. 

Hampir semua surat khabar mengeluarkan artikel mengenai dirinya, pelbagai cerita digembar – gemburkan. Lensa kamera berpusu – pusu memfokus pada dirinya.

Image result for kim ung yong wasted talent
Kim Yong Un pada usia muda.

Kim pula sudah membuat keputusan mahu hidup seperti orang biasa. Seperti remaja normal. Beliau tidak mahukan tumpuan media. Beliau mengatakan setiap orang seperti berbakat pada bidang masing – masing.

Sudah pasti, media tak sukakan Kim yang baru ini. Maka beliau mula dilabel ‘genius yang gagal’. Beliau dikatakan mensia – siakan bakat beliau yang sebenar.

Tapi bagi Kim, duit dan populariti tidak membawa kepada kebahagiaan

Erti Kehidupan Sebenar

Kim kemudian mula mencari kerja seperti orang lain. Disebabkan beliau tiada sijil pendidikan negara Korea, maka beliau mulakan dengan mengambil peperiksaan – peperiksaan kebangsaan. Dah pasti, bila IQ anda 210, semua ini tiada masalah.

Beliau mula mencari kawan dan mengejar pengalaman – pengalaman baru. Beliau juga pernah bekerja sebagai kerani pejabat!

Tapi ini tidaklah bermakna Kim melupakan terus kemahiran otak beliau. Beliau pernah menerbitkan beberapa kertas akademik berkenaan hidraulik. Pada tahun 2007, beliau mengambil keputusan menjadi pensyarah. Tujuh tahun kemudian, pada tahun 2014, beliau menjadi seorang profesor di Universiti Shinhan.

Namun orang masih mengharapkan lebih daripadanya. Mereka merasakan Kim lebih layak mencapai perkara yang lebih besar daripada bidang kejuruteraan sivil.

Ini balasan beliau:

Saya sentiasa beritahu orang bahawa saya gembira sebegini. Tapi kenapa mereka perlu katakan kegembiraan saya sebagai satu kegagalan?

Beliau mengatakan perkara normal itulah sumber kebahagiaan yang selalu dipinggirkan:

Orang sentiasa cuba menjadi istimewa dengan meninggalkan kegembiraan biasa mereka. Tapi mereka perlu sedar bahawa kegembiraan adalah perkara – perkara biasa yang kita selalu pandang enteng, seperti menjalin persahabatan, berkongsi waktu – waktu indah dengan kawan – kawan di sekolah … Saya tak dapat rasai perkara – perkara ini. Itulah sebabnya saya yakin apa yang saya sebutkan ini adalah penting.

Mesej beliau mudah dan jelas:

Menjadi seorang yang istimewa tidaklah penting seperti menjalani kehidupan biasa.

Sumber: miratico, ibelieveinmothernature, storypick

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts