India Lancar Satelit Paling Ringan Dunia yang Dicipta oleh Seorang Remaja Muslim

India memecah rekod angkasa global apabila melancarkan satelit paling ringan di dunia yang dipanggil Kalamsat.

Menariknya, ciptaan hebat tersebut bukanlah dibuat oleh saintis terkemuka, atau jurutera profesional, tetapi oleh seorang remaja Muslim berusia 18 tahun yang bernama Rifath Sharukh.

Satelit tersebut malah dinamakan sempena bekas presiden India yang juga merupakan seorang saintis nuklear terkemuka, Dr APJ Abdul Kalam.

Satelit kecil tersebut, yang hanya seberat 64 gram, kemudian dilancarkan oleh NASA. Rifath merupakan rakyat pertama dari India yang membuat ciptaan yang diterima dan diterbangkan oleh agensi angkasa terkemuka tersebut.

Image result for rifath sharook

Rifath bersama enam lagi ahli pasukan membina satelit mini tersebut menggunakan pencetak 3D. Ia juga adalah kali pertama teknologi percetakan 3D digunakan di angkasa lepas, menurut Rifath. Satu lagi rekod mengagumkan yang dicapai oleh beliau.

Dalam temu bual bersama Times of India, Rifath mengatakan:

Peranan utama satelit ini adalah untuk mendemonstrasikan prestasi carbon fibre percetakan 3D. Kami mereka cipta satelit ini sepenuhnya. Ia miliki komputer khas yang baru, serta lapan sensor untuk mengira pecutan, putaran, dan magnetosphere bumi

Daripada 80000 model yang dipersembahkan kepada NASA, Kalamsat mendapat tempat pertama.

Sebagai penghargaan, Rifath bersama pasukannya dianugerahkan hadiah wang tunai sebanyak Rs 10 lakh, iaitu sekitar RM 60 ribu ringgit.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts