Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

Seorang sains Muslimah kelahiran Turki telah menemui sebuah galaksi yang baru, dan kini galaksi tersebut dinamakan dengan nama beliau. Galaksi tersebut, yang dikenali sebagai Galaksi Burcin, dinamakan sempena nama ahli astrofizik Dr. Burçin Mutlu-Pakdil.

Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Istanbul, Turki kemudian berpindah ke Ankara untuk mempelajari Fizik di Universiti dan menjadi salah seorang daripada sejumlah kecil pelajar wanita yang mengambil jurusan tersebut.

Sebagai seorang saintis Muslimah muda yang menemui sebuah Galaksi Cincin Dua yang sangat sukar ditemui, pencapaian beliau sangat mengagum dan menginspirasikan.

Daripada hidup biasa – biasa, menjadi luar biasa.

Datuk dan nenek Dr Burçin datang daripada kampung yang kecil dan mereka tidak pandai membaca dan menulis. Ibu bapa beliau juga tidak berjaya menamatkan persekolahan kerana terpaksa ibu bapa mereka.

Kecintaan beliau pada subjek fizik mula bertunas apabila di sekolah menengah, beliau membuat kajian tentang Einstein. Menurut kakaknya, Einstein adalah orang yang paling bijak dalam dunia.

Disebabkan impian ibu bapanya tidak tercapai, beliau diberikan kebebasan untuk meneruskan cita – cita akademik di Ankara dalam bidang fizik. Asalnya, keputusan untuk berjauhan daripada keluarga ini dibantah oleh saudara – maranya, melihatkan beliau seorang wanita daripada keluarga tradisional.

Beliau juga diperlekeh dan diherdik kerana memilih untuk mempelajari fizik. Profesor beliau sendiri malah menyindir beliau kerana memilih laluan akademik sedemikian.

Bagaimanapun, cabaran – cabaran ini cumalah menjadikan Burçin semakin bersemangat untuk belajar dan berusaha bersungguh – sungguh untuk berjaya. Sebagai seorang saintis Muslimah di Turki, beliau sentiasa menjulang impian untuk menjadi model ikutan Muslimah yang lain.

Detik kejayaan

Ketika beliau menyambung pengajian beliau pada tahap PhD, beliau menemui sebuah galaksi yang baru. Galaksi ini bukan saja baru saja ditemui pada tahun 2017, tapi ia juga miliki ciri – ciri yang unik.

Galaksi Burçin

Pada mulanya, galaxy ini disangkakan merupakan sebahagian daripada Objek Hoag yang ditemui pada tahun 1950 oleh seorang saintis bernama Arthur Hoag. Objek Hoag adalah sebuah galaksi di mana cincin terang bintang biru yang muda mengelilingi badan pusat simetri yang dibentuk oleh bintang – bintang yang lebih tua, tanpa sebarang hubungan tampak antara mereka. Namun, setelah kajian lanjut terhadap galaksi ini, didapati bahawa ia sesuatu yang berbeza.

Galaksi tersebut unik di mana ia miliki dua cincin simetri mengelilingi badan pusatnya dan tidak bercantum dengan badan pusat. Ia malah memiliki cincin dalaman berwarna merah yang mengelilinginya badan pusat. Galaksi yang normal miliki cincin tidak simetri dengan hubungan yang tampak dengan badan pusat.

Dr Burçin adalah inspirasi kepada kita semua untuk tidak tewas dengan tekanan masyarakat untuk mengkaji kehebatan alam ciptaan Tuhan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts