Istilah ‘Baccalaureate’ Sebenarnya Berasal Dari ‘Bil Haq al – Riwayah’ Ilmu Hadis

Nama ‘International Baccalaureate’ menjadi igauan buat pelajar – pelajar yang ingin ke luar negara.

Untuk ke luar negara, bergantung kepada apa kursus atau negara yang pelajar pilih, mereka boleh diletakkan di bawah program pra – universiti seperti A-level, AUSMAT, atau IB (International Baccalaureate).

International Baccalaureate dianggap sebagai antara program pendidikan paling mencabar di dunia, dan pelajar – pelajar hampir boleh sepakat bahawa ia adalah simulasi paling dekat kepada perasaan berada dalam pressure cooker selama dua tahun.

Namun bagi pelajar Muslim, sebenarnya terdapat perkara menarik mengenai program tersebut yang sewajarnya membuatkan mereka lebih menghargai dan bersemangat untuk buat sehabis baik (sekiranya anda diletak belajar di program tersebut).

Rahsia Nama ‘Baccalaureate’

Antara perkara pertama yang kita perasaan mengenai program tersebut adalah namanya yang … istimewa.

Jika namanya – ‘Baccalaureate’ itu sendiri susah dieja dan disebut, maka apatah lagi kesukaran belajar di bawah program tersebut, kan?

Namun sebenarnya, nama Baccalaureate, menurut Dr Bilal Philips berasal daripada istilah yang digunakan dalam sistem pembelajaran hadis, iaitu ‘Bil Haq al Riwayah’.

“Tradisi memberi ijazah kepada pelajar hadis diteruskan selama berabad – abad. Di masjid tertua Afrika Utara, iaitu di Masjid Kairouan, apabila mereka memberikan ijazah kepada para pelajar, mereka akan menulis di bawahnya ‘bil haq al riwayah’ – yang bermaksud kebenaran untuk meriwayatkan.

Apabila Muslim menguasai Sepanyol, tradisi ini turut dibawa dan diamalkan. ‘Bil haq al riwayah’ kemudian dipesongkan menjadi ‘Baccalaureate’, dan daripada ‘Baccalaureate’ ia menjadi ‘Bachelors’.

Dr Bilal Philips

Menurut Dr Bilal juga, Baccalaureate dan Bachelors Degree (BA) hakikatnya berasal daripada istilah ‘bil haq al riwayah’ itu. Bukan itu saja, ini menunjukkan bahawa amalan pensijilan di pusat pengajian tinggi itu juga berinspirasi daripada amalan keilmuan umat Islam ketika zaman perkembangannya.

Hal ini sebenarnya tidaklah menghairankan, kerana amalan graduasi yang diamalkan hatta di universiti – universiti terkemuka di dunia juga dapat dilihat mencedok pengamalan Islam.

Pendedahan Dr Afifi al Akiti tentang tradisi akademik Universiti yang berkait rapat dengan keilmuan Islam

Antara lain, pengamalan jubah yang merupakan tradisi orang Arab, topi mortarboard yang asalnya tempat meletak al Quran di kepala, dan pensijilan kepada penuntut Ilmu, semuanya berinspirasikan ketinggian amalan keilmuan Islam.

Oleh itu, bagi pelajar Muslim terutamanya, semangat untuk berusaha dan belajar lebih bersungguh – sungguh perlu disemai supaya dapat mengembalikan martabat keilmuan yang kita telah tercicir selama berzaman – zaman lamanya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts