Senarai Lama Cara Orang Inggeris Sebut Perkataan Melayu Ini Cukup Menggelikan Hati

Sebuah gambar yang mempamerkan senarai cara orang Inggeris menyebut perkataan Melayu tular di media sosial, dan ia cukup menggelikan hati netizen.

Tidak dapat dipastikan sumber sebenar gambar helaian muka surat buku ini, tetapi ia kelihatan seperti sebuah foto yang klasik.

Nampaknya, ia adalah senarai kamus sebutan untuk memudahkan orang Inggeris menyebut perkataan asas dalam bahasa Melayu.

Ia sungguh menggelikan hati apabila dibaca oleh orang Melayu, kerana kedengaran seperti slanga satira yang biasa diajuk untuk menyerupai ‘orang London’.

Woman – Prem pooan

Water – Ire

Hot Water – Ire sedjoh

Butter – Muntaygah

Cheese – Kay joo

Lebih kelakar adalah apabila ditransliterasikan ayat yang penuh untuk meminta ayam rebus:

Bring me some boiled chicken! – Kassee I-am kitchy riboos!

Bayangkan seorang mat saleh yang membuat langganan sedemikian rupa di sebuah kedai mamak
Image result for kedai mamak
You mau apa??? Ayam Kici Riboos?

Sudah pasti, para netizen tidak melepaskan memberi komentar – komentar bernas berkenaan maklumat ini:

Rasa agak bersyukur dilahirkan sebagai Melayu yang dikurniakan lidah yang cukup fleksibel untuk berbahasa asing …

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts