Pelajar PhD Bunuh Diri Tinggalkan Nota Bongkar Korupsi Akademik Universiti

Pada 13 Jun 2019, sebelum konferens akademik ISCA 2019 di Phoenix, seorang pelajar calon PhD yang sepatutnya membentangkan kertas kajian beliau di konferens tersebut mengantung dirinya dalam bangunan kampus Universiti Florida.

Kisah – kisah yang dibongkarkan mendedahkan kesalahan – kesalahan akademik yang menjadi punca Huixiang Chen membunuh diri.

Ringkasnya, Chen membunuh diri kerana:

  • Kertas saintifik beliau miliki banyak kesalahan
  • Beliau terpaksa memalsukan data untuk menerbitkannya sebelum had waktu
  • Paksaan untuk memalsukan data datang daripada mentornya sendiri
  • Namun apabila diperiksa, enam pemeriksa yang memeriksa kertas beliau menerimanya secara ‘buta tuli’, kerana mereka rakan mentor beliau.
  • Beliau merasakan mentor beliau tiada integriti akademik
  • Beliau mula merasa bersalah, jahat, hidup penuh penipuan, dan enggan menamatkan PhD beliau.
  • Beliau bergaduh dengan mentor beliau kerana mahu membetulkan data kajian, sehingga hampir melibatkan polis
  • Mentor beliau enggan menarik balik kertas tersebut dan mengugut sekiranya beliau memusnahkan reputasinya, beliau akan membunuh Huixiang Chen.
  • Akhirnya beliau membunuh diri dan menghantar nota.

Nota bunuh diri dihantar kepada rakan – rakan beliau, teman makmal, dan terutamanya kepada mentor beliau Professor Tao Li.

Dr Tao Li

Ini adalah terjemahan kasar nota beliau yang berbahasa Cina.

Kepada rakan – rakan

Jika anda peroleh mesej ini, ia bermakna saya telah pun meninggal dunia.

Seperti kalian tahu, sejak Disember lepas, saya menulis kertas kajian ISCA pada waktu yang sangat singkat dan ia diterima dengan segera. Anda semua tahu sebabnya, kerana ia disebabkan jaringan hubungan professor Tao Li kita. Dalam kalangan 6 pemeriksa, 4 adalah rakan Tao Li. Tapi kertas ini miliki isu yang sangat bermasalah, design nya tidak masuk akal dan pemeriksa cuma mengabaikannya. Kertas ini diterima tanpa sebab munasabah, dan ia boleh membuat siapa saja rasa bersalah.

Setelah tarikh hantar, pengubahsuaian menggila dibuat ke atas kertas tersebut dan saya pun membuat eksperimen yang tertinggal. Dalam eksperimen tersebut, saya dapati fenomena eksperimen dan reka bentuknya sangat berbeza dengan apa yang diklaim, menjadikan kertas tersebut tidak masuk akal dari tajuk kepada karekterisasi dan reka bentuk …. jadi kalau saya mahu membuat pengubahsuaian, keseluruhan kertas perlu ditulis semula. Ia sangat tidak realistik untuk mencadangkan idea baru sebelum versi akhir. Setelah saya berhubung dengan Tao Li, rupanya saya perlu membetulkan kertas tersebut sendirian. Sehingga sekarang saya masih belum mampu menampal pulih isu – isu tersebut. Isu – isu ini begitu ketara sehingga ia mampu dikesan dengan mudah oleh pakar. Saya tidak sangka Dr Li menerima saja data yang tidak masuk akal.

Memandangkan ini akan memberi impak kepada karier saya pada masa depan dan reputasi saya dalam bidang Computer Architecture, hidup masa depan saya akan menjadi lebih teruk daripada kematian dan saya akan berada dalam dilema. Saya meneliti semua kes ini, dan saya dapati saya tak mampu selesaikannya. Untuk membetulkan keadaan, saya buat keputusan bunuh diri. Saya harap anda belajar daripada kesalahan saya. Kita tak sepatutnya membuat klaim terlalu banyak dalam kertas kajian kita sebelum kita benar – benar mencapainya. Saya harap ini akan menghasilkan perubahan dalam dunia.

Saya harap anda berlaku jujur saja dalam masyarakat kita. Saya berkati anda dalam dunia lain

Selamat,

Huxiang

Setelah nota ini berlegar di media sosial, University of Florida memulakan penyiasatan . Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada seluruh pengamal akademik.

Total
413
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts