Kenapa Mentol Lampu Dulu Tahan Lama, Mentol Lampu Sekarang Tidak?

Ini mungkin satu kenyataan yang pelik, tapi

Mentol lampu pada tahun 1900 lebih tahan lama berbanding mentol lampu yang kita beli seminggu lepas.

Jangka hayat mentol lampu moden adalah lebih kurang 1000 jam, mana kala jangka hayat mentol lampu 100 tahun lepas adalah dua hingga tiga kali ganda lebih lama berbanding lampu sekarang.

Di California, terdapat sebuah mentol lampu yang telah menyala selama 117 tahun dan mencapai satu juta jam waktu operasi, bernama Centennial Bulb. Ia adalah mentol lampu yang paling lama menyala dalam sejarah manusia.

Centennial Bulb

Soalannya, kenapa teknologi ratusan tahun dulu ‘lebih hebat’ daripada teknologi sekarang? Adakah terdapat formula rahsia penghasilan mentol lampu orang dulu yang kita tak tahu?

Sebenarnya, teknologi penghasilan mentol lampu berdurasi tinggi memang sengaja dimundurkan, kerana ia tidak menyumbang keuntungan yang banyak kepada industri lampu.

Konpirasi Mentol Lampu

Sebelum tahun 1925, tempoh jangka hayat mentol lampu yang biasa adalah sekitar 1500 ke 2000 jam.

Mentol lampu memang sengaja direka untuk tahan lama, kerana dahulu, jika mentol lampu terpadam atau terbakar, ia akan diganti secara percuma. Prosesnya termasuklah memasang kaca yang baru, memasang wayar baru dan menebat semula mentol tersebut.

Jadi disebabkan proses tersebut leceh, dan menyusahkan, percuma lagi, mentol lampu direka untuk bertahan selama mungkin.

Kemudian, sekumpulan taikun – taikun besar industri mentol lampu berkumpul di Geneva termasuklah Osram, Philips dan General Electric pada tahun 1924.

Apa yang dibincangkan?

Mereka mengatakan bahawa mentol yang menyala lama tanpa diganti adalah buruk untuk bisnes. Apabila orang membeli lampu, mereka boleh menunggu lama sehingga perlu membeli mentol baru.

Jadi mereka perlu mencari jalan untuk sengaja mengurangkan durasi jangka hayat mentol lampu agar kadar pembelian dapat ditingkatkan.

Maka jangka hayat mentol lampu ditetapkan kepada 1000 jam, hampir pengurangan dua kali ganda berbanding jangka hayat mentol sebelumnya. Tetapi alasan mereka adalah kualitinya lebih tinggi, lebih efisien dan cahayanya lebih terang, tapi harganya lebih tinggi.

Namun bukti – bukti menunjukkan bahawa sememangnya motivasi untuk menurunkan durasi jangka hayat lampu tidak lain untuk meningkatkan keuntungan dan jumlah jualan.

Dengan mencipta strategi yang sengaja menurunkan jangka hayat mentol lampu, terciptalah strategi industri yang dipanggil tempoh mati terancang (planned obsolescence)

Malah, bukan mudah sebenarnya untuk mengurangkan jangka hayat mentol lampu daripada 2500 jam kepada 1000 jam. Ia bukan tentang menghasilkan produk yang rendah kualiti.

Untuk menghasilkan sistem yang membuatkan mentol lampu mati secara konsisten setelah tempoh 1000 jam, kajian dan perancangan rapi diperlukan. Ini kerana mentol lampu pada tahun 1924 sudah pun maju teknologinya.

Dengan merancang untuk mengurangkan daya kebolehan lampu, kartel tersebut secara sistematiknya mengundurkan kemajuan selama puluhan tahun.

Tempoh Mati Terancang yang Menjadi Amalan Industri Sekarang

Anda masih ingat telefon bimbit lama anda? Yang apabila dibaling ke lantai, lantai yang pecah?

Masih ingat bagaimana panjang durasi baterinya? Setelah dibiarkan selama bertahun – tahun pun ia masih boleh berfungsi.

Bandingkan pula dengan gajet sekarang, setelah 8 bulan, secara tiba – tiba baterinya mati begitu sekejap, skrinnya buat hal.

Ini adalah berpunca daripada tempoh mati terancang.

Antara strategi membunuh gajet apabila tiba waktunya adalah dengan memasang perisian yang tidak serasi dengan perangkat keras (hardware), dan menghasilkan komputer riba yang dirancang rosak dalam masa 3 ke 4 tahun.

Sudah tentu, ini adalah amalan industri untuk membolot sebanyak mungkin keuntungan. Tapi nampaknya pengguna tidak begitu kisah.

Total
165
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts