Pareidolia, Apabila Kita Nampak Muka Pada Objek – objek

Pernah tak kita melihat bentuk yang seolah – olah muka pada objek – objek rawak? Kadang kala kita lihat ada muka orang pada batang pokok, kadang kala seperti ada muka yang besar pada bukit, dan paling kerap adalah pada roti bakar!

Maka kita pun terfikir sama ada sememangnya berlaku apa – apa sumpahan pada pokok tersebut (mungkin lelaki itu pada hayatnya suka tebang pokok, kemudian kena sumpah jadi pokok) atau itu hanyalah ilusi khayalan kita semata – mata.

Tahu tak, bahawa sebenarnya terdapat terma untuk fenomena melihat muka pada objek?

Ia dipanggil Pareidolia (par-i-DOH-lee-a)

Pareidolia – penipuan deria

Pareidolia adalah sejenis penipuan deria yang normal dan amat biasa berlaku.

Kita mengalami pareidolia apabila kita melihat corak dan bentuk yang bermakna- biasanya bentuk muka, pada objek yang samar – samar. Sedangkan ia tidak wujud!

Contoh yang biasa berlaku adalah apabila kita melihat seakan – akan kelibat muka, binatang, atau objek yang kita kenali pada api, asap atau awan.

Kenapa berlaku?

Pareidolia sebenarnya dikesan pada bayi seawal usia 8 ke 10 bulan lagi. Manusia miliki bias pada bentuk muka, kerana sejak dari usia kecil lagi kita suka dengan bentuk muka mak ayah kita.

Maka kecenderungan kita untuk mengesan rangsangan berbentuk muka terbawa – bawa sehingga ke dewasa. Kita lebih sensitif dengan bentuk muka, itulah sebabnya reaksi kita apabila melihat muka orang berbeza dengan objek – objek lain.

Kajian pada otak manusia juga dapati bahawa sebenarnya terdapat bahagian otak yang khas untuk mengesan bentuk muka. Bahagian otak ini lebih cepat terangsang terhadap bentuk muka berbanding objek – objek harian yang lain.

Walaupun fenomena ini sangat normal dan mungkin berlaku kepada jutaan manusia dengan kerap, tetapi terdapat beberapa contoh pareidolia yang berimpak besar.

1) Muka orang pada planet Marikh

Apabila Viking 1 memulangkan gambar – gambar permukaan Marikh pada 1976, sebuah foto mencetuskan kekecohan apabila sebongkah batu kelihatan seperti muka orang.

Walaupun saintis dengan segera mengenal pasti bahawa wajah tersebut hanyalah terhasil akibat pencahayaan dan bayang – bayang, tetapi sesetengah orang percayai bahawa ia adalah tinggalan peradaban alien.

2) Simbol – simbol agama pada objek – objek rawak

Bagaimanapun, kes pareidolia yang paling banyak berlaku adalah yang melibatkan simbol – simbol agama.

Puluhan ribu orang Kristian pernah pergi ber’hijrah’ untuk melihat sepotong chapati yang kelihatan seperti Jesus di India.

Sepotong roti di Nashville kelihatan sama betul dengan Mother Teresa.

dan sudah pasti, ratusan demi ratusan orang yang mengklaim mereka menemui wajah ‘Jesus’ pada roti bakar!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts