Progressive Face Super Resolution adalah model pembelajaran mesin yang dilatih untuk membina semula imej wajah daripada imej input sekecil 16 x 16 piksel. Ia kemudian mampu membesarkannya menjadi gambar realistik berskala besar 128 x 128 piksel.
Berikut adalah satu contoh:

Nampaknya hasilnya agak tepat dengan gambar asal. Namun beberapa wanita miliki misai. Tak tahu kenapa AI tersebut suka misai pada wajah wanita.
Namun sesetengah contoh menghasilkan ‘parut Harry Potter yang aneh’.

Bagaimanapun, contoh – contoh di atas adalah senario paling baik buat model algoritma tersebut. Wajah – wajah tersebut dipotong pada saiz yang tepat, dan kodnya sama dengan kod yang digunakan untuk melatih model.
Contoh – contoh di atas adalah menepati kehendak model tersebut.
Gambar macam mana yang tak menepati kehendak model?
Mungkin soalan awal yang kita akan tanya adalah, apa akan jadi sekiranya kita suruh model tersebut membina imej emoji 16 x 16 piksel?
Inilah hasilnya. Oh jangan tengok pada waktu malam …

Disebabkan model algoritma tersebut dilatih untuk mencari tanda – tanda wajah, ia berusaha bersungguh – sungguh untuk melukis mata dan lubang hidup pada piksel tunggal.
Dan rasanya peperoni pada pizza tersebut diperbuat daripada bibir manusia …
Berikut pula adalah beberapa percubaan untuk merealistikkan sprite daripada permainan video terkenal:

Tapi apa jadi sekiranya kita mencuba network neural ‘Face Super-Resolution’ tersebut pada video 16 x 16 piksel?
Hasilnya adalah bentuk jembalang yang mungkin boleh masuk dalam Majalah Mastika..
Seperti yang dilihat, algoritma Kecerdasan Buatan tersebut masih lagi miliki beberapa kelemahan yang sudah pasti akan diperbaik pada masa hadapan.
Namun begitu, ini adalah teknologi 2019. Itupun masih terbatas. Jadi maksudnya adakah teknologi zoom CSI 10 tahun lepas sebenarnya satu penipuan???