Sebuah soalan daripada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam tular di media sosial.
Soalannya berbunyi:
PQQPPQQQPPXXXQQPPPPQQQQQ . Apakah XXX
Soalan ini tular kerana membingungkan sebahagian netizen:




Sekali imbas, soalan tersebut memang agak menyentap akal, kerana kelihatan begitu pelik. Jika ditambah dengan stres menjawab ujian, mungkin termenung lama jawabnya.
Bagaimanapun, sebenarnya soalan tersebut mudah saja dijawab dengan mencerakinkan siri tersebut dan memerhatikan corak kekerapan setiap huruf.
PQQ
PPQQQ
PPXXXQQ
PPPPQQQQQ
Apabila dipersembah sebegini, kita lebih mudah mengesan corak pada setiap siri. P dan Q sebenarnya bertambah satu huruf.
Maka siri yang ketiga adalah:
PPPQQQQ
Jadi jawapannya a) PQQ . Mudah saja!