Cara Unik Cikgu Ini Ajar Biologi Tular. Mengapa Tak Pernah Tahu Teknik Ini?

Sebuah video yang memaparkan cara unik seorang cikgu mengajar subjek biologi tular di media sosial dan mengundang kekaguman netizen.

https://www.facebook.com/SINARdotmy/videos/277867256444025/

Dalam video tersebut, cikgu biologi itu menggunakan lukisan di tangan untuk menerangkan bahagian – bahagian jantung beserta proses yang berlaku di dalam organ tersebut.

Mengingat dan memahami proses jantung mengepam darah adalah antara topik biologi yang agak mencabar untuk pelajar – pelajar, terutama apabila perlu membayangkan semula struktur organ tersebut beserta aliran anak panah untuk dilukis sewaktu peperiksaan.

Namun teknik unik cikgu ini sangat memudahkan, kerana pelajar boleh menggunakan tangan sendiri untuk menggambarkan fungsi jantung.

Tambah menarik perhatian, cara pengajaran guru tersebut begitu bersemangat dan sememangnya menggambarkan kecintaan terhadap pengajaran subjek berkenaan.

Di akhir video, para pelajar jelas tampak gembira dengan teknik yang diajarkan tersebut, apabila mereka menunjukkan tangan yang ‘diconteng’ beramai – ramai sambil tersenyum.

Rata – rata netizen memuji pendekatan guru tersebut:

“Cikgu ni kreatif bagus cara dia mengajar . Dulu aku ada sorang cikgu mcm ni cikgu India aku boleh faham apa dia ajar terima kasih cikgu cikgu semua “

” Jadikan suasana pembelajaran itu ceria, some important words bagi highlight, student tak ngantuk and they love it”

“SubhanAllah…. Ada jantung di tapak tangan Kita…. Terima kasih Cikgu…”

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts