Apa Itu Gelaran Ts?

PRK datang lagi! Antara perkara yang menarik pada PRK Tanjung Piai kali ini adalah apabila seorang calon memegang gelaran Dato’ Ir. Ts. Dr.

  • Gelaran Dato’ kita tahu. Ia merupakan gelaran kehormat di Malaysia dianugerahkan oleh ketua negara atau negeri seperti Yang Di-Pertuan Agong, Sultan, dan Yang Dipertua Negeri kepada orang yang telah dianugerahi pingat atau bintang kebesaran tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara
  • Gelaran Ir pun ramai yang tahu. Ia datang daripada gelaran ingeniuer, Jurutera Profesional yang memerlukan anda tamatkan pengajian, mendaftar sebagai jurutera, peroleh 3 tahun pengalaman profesional, dan lulus dalam peperiksaan yang membuktikan anda telah peroleh kepakaran secukupnya.
  • Gelaran Dr diberi kepada mereka yang telah menamatkan Ijazah Kedoktoran.

Tapi, satu gelaran yang jarang kita dengar adalah gelaran Ts. Apakah ia?

Apa itu Ts.?

Ts – Teknologis Profesional

Ts. adalah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768).

Ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.

Untuk menjadi seorang Ts. anda terlebih dahulu perlu tamatkan ijazah sarjana muda (sekurang – kurangnya) dalam bidang yang diiktiraf Lembaga, dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah.

Seterusnya, seorang teknologis berijazah boleh memohon untuk menjadi Teknologis Profesional setelah memperoleh pengalaman praktikal yang ditentukan oleh Lembaga (minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan Teknologi), membayar yuran dan mematuhi kriteria yang ditentukan lembaga.

Seorang Teknologis Berijazah perlu mengambil penilaian dalam bidang teknologi berkaitan dan membayar RM600 untuk setiap kali percubaan.

Setelah lulus penilaian profesional, Teknologis Berijazah perlu memohon sebagai Teknologis Profesional dengan bayaran RM350.

Setelah diterima oleh Lembaga, barulah seorang Teknologis Profesional boleh menggunakan gelaran Ts. pada awal nama atau P.Tech selepas nama.

Bagi Teknologis Profesional, pembaharuan perlu dilakukan setiap tahun dengan bayaran RM200 dengan syarat memenuhi 30 jam CPD yang disahkan oleh MBOT.

Carta alir permohonan Ts

Perbezaan Ts dan Ir

Jika Ts. di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ir. pula diiktiraf di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

Ts. tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik sedangkan Ir. tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Jurutera.

Sudah pasti, Ir. miliki carta alir permohonan yang tersendiri:

Carta alir permohonan Ir
Total
604
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts