Baru-baru ini tular di media sosial satu soalan uji minda yang sangat mengelirukan.

Soalan ini menimbulkan kekeliruan kerana pencuri tersebut membeli di kedai yang sama. Kenapalah pencuri itu pergi beli dekat kedai sama? Kan dah menyusahkan orang nak kira kerugian yang dialami oleh tuan kedai. Jadi berapakah sebenarnya kerugian tuan kedai? Soalan cuma tanya kerugian yang dialami dan tidak tanya sama ada kerugian dari segi wang tunai ataupun keseluruhan. Kita akan kira kerugian untuk dua kategori. Pertama, kerugian dari segi wang tunai dan kedua, kerugian keseluruhan yang dialami oleh tuan kedai. Kerugian keseluruhan termasuk kerugian dari segi barang yang “dibeli” oleh pencuri tersebut.
Kerugian wang tunai.
Mula-mula pencuri “mengambil” RM300 di kaunter kedai kemudian dia menggunakan wang dicuri tersebut untuk membeli barangan sebanyak RM210. Kemudian tuan kedai memulangkan baki RM90 kepada pencuri tersebut. Jadi berapakah jumlah kerugian? Mari kita kira.
Wang diambil oleh pencuri |
-RM300 |
Wang dibayar oleh pencuri |
+RM300 |
Baki diberikan oleh tuan kedai |
-RM90 |
Jumlah |
-RM90 |
Jumlah kerugian yang ditanggung oleh tuan kedai adalah sebanyak :
-RM300 + RM300 – RM90 = -RM90
Jadi, tuan kedai mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM90.
Kerugian keseluruhan.
Jadi, bagaimana pula dengan kerugian keseluruhan yang dialami oleh tuan kedai? Seperti yang telah dijelaskan di bahagian atas, kerugian keseluruhan termasuk nilai barangan yang diambil oleh pencuri.
Wang diambil oleh pencuri |
-RM300 |
Wang dibayar oleh pencuri |
+RM300 |
Harga barangan yang dibeli pencuri |
-RM210 |
Baki diberikan oleh tuan kedai |
-RM90 |
Jumlah |
-RM300 |
Maka, jumlah kerugian yang ditanggung oleh tuan kedai adalah sebanyak :
-RM300 + RM300 – RM210 – RM90 = -RM300
Jadi, jawapan kepada soalan ini adalah B iaitu RM300.