‘Surat Beranak’ Bahan Kimia Berbahaya

Sejak azali lagi bahan kimia wujud di sekeliling kita.

Apa itu bahan kimia?

Bahan kimia ialah bahan-bahan yang terdapat di alam semesta atau sekitar kita, dan akan berinteraksi antara satu sama lain sehingga membentuk sesuatu bahan yang lain. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat dari segi tenaga, jisim, warna, dan sebagainya. Bahan kimia boleh hadir dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Contoh bahan kimia yang diketahui umum seperti gas oksigen, air dan garam.

Contoh interaksi antara bahan kimia yang menghasilkan warna berbeza

Tetapi, tahukah anda bahawa di industri, semua bahan kimia wajib mempunyai surat beranak.

Jangan ingat manusia sahaja memerlukan surat beranak ya. Bahan kimia juga perlu.

‘SURAT BERANAK’ BAHAN KIMIA

Surat beranak bahan kimia ini dikenali sebagai helaian data keselamatan atau dalam Bahasa inggeris dikenali sebagai safety data sheet.

Jadi apakah sebenarnya helaian data keselamatan ini? Adakah seperti surat beranak yang kita punyai sejak lahir lagi?

Seperti surat beranak, helaian data keselamatan juga mempunyai maklumat berkaitan kejadian bahan kimia tersebut. Menurut Peraturan Pengelasan, Penlabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013, helaian data keselamatan bermaksud suatu helaian maklumat yang dikemas kini yang dikehendaki di bawah bahagian V yang mengandungi maklumat berkaitan dengan bahan kimia berbahaya.

Dalam System of Classification and Labelling of Chemical under Global Harmonize System yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, helaian data keselamatan dapat memberi maklumat yang komprehensif berkaitan sesuatu bahan, campuran untuk digunakan di tempat kerja.

Jadi apakah maklumat yang terdapat di dalam helaian data keselamatan ini?

Berdasarkan Global Harminized System, terdapat 15 perkara yang wajib disertakan bagi sesuatu bahan kimia yang berbahaya. Perkara tersebut adalah seperti berikut.

  1. Pengenalan
  2. Pengenalpastian bahaya
  3. Komposisi / maklumat mengenai ramuan
  4. Langkah pertolongan cemas
  5. Langkah-langkah memadam kebakaran
  6. Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja
  7. Pengendalian dan penyimpanan
  8. Kawalan pendedahan/perlindungan diri
  9. Sifat fizikal dan kimia
  10. Kestabilan dan kereaktifan
  11. Maklumat toksikologi
  12. Maklumat ekologi
  13. Pertimbangan perlupusan
  14. Maklumat pengangkutan
  15. Maklumat pengawalselian
  16. Maklumat lain
Contoh kandungan awal ‘Surat Beranak’ bahan kimia
Safety Data Sheet

FUNGSI ‘SURAT BERANAK’ BAHAN KIMIA

Tujuan helaian ini adalah sebagai panduan atau satu metod komunikasi kepada pengguna untuk mengetahui apakah kandungan yang terdapat di dalam bahan kimia tersebut. Selain itu, pengguna juga boleh mengetahui jenis bahaya yang boleh terdedah kepada manusia seperti mudah menghakis, carcinogenic dan masalah mutasi. Tambahan lagi pengguna dapat mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dan orang lain daripada terdedah kepada bahaya bahan kimia tersebut.

KONKLUSI

Secara konklusinya, helaian data keselamatan ini merupakan satu helaian yang komprehesif kepada pekerja di tempat kerja bagi mengetahui apakah jenis bahan kimia yang digunakan dan apakah kebarangkalian bahaya yang mungkin ada pada bahan tersebut. Dengan mengetahui perihal helaian ini, pekerja di tempat kerja dapat memastikan diri sendiri dan orang lain selamat dan sihat.

Disediakan oleh,

Saudara Asmi Syamim, Health, Safety & Environment (HSE) Practitioner.

RUJUKAN

  1. https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/peraturan/peraturan-di-bawah-akta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/1124-01-peraturan-peraturan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-pengelasan-pelabelan-dan-helaian-data-keselamatan-bahan-kimia-berbahaya-2013/file
  2. https://unece.org/fileadmin/DAM/trans/danger/publi/ghs/ghs_rev04/English/ST-SG-AC10-30-Rev4e.pdf
Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts