Lipas : Makhluk yang Lagi Menarik dari Anda Pernah Sangka

Oleh: Azad Shidee

Dalam banyak-banyak serangga, lipas adalah makhluk Allah yang paling digeruni, menggelikan dan menakutkan. Sebab apa ramai sangat orang takut kepada lipas? Persoalan yang sering ditanya oleh orang yang berani kepada orang yang penakut lipas. Aduhhh, penulis sendiri pun tak tahu nak jawab soalan tu. Mungkin sebab kaki yang panjang, badan hitam yang berkilat atau sebab membawa banyak bakteria. Wallahu ‘alam.

Dalam ruangan kali ini, penulis akan berkongsi beberapa fakta yang menarik atau mungkin menakutkan dengan menggunakan fakta sains. Ya, fakta sains yang sebenar, bukannya fakta orang dulu-dulu.

1. Kemampuan Hidup di Semua Tempat.

Lipas boleh dijumpai di seluruh dunia kecuali antartika. Hal ini menjadikan lipas antara serangga yang mampu dijumpai di setiap negara. Ciri-ciri kawasan yang selalu jadi ‘port lepak’ lipas seperti persekitaran yang lembap, suam dan gelap. Contohnya, saluran paip rumah, bawah almari dan sebagainya. Selain kawasan urban dan rumah, lipas juga boleh ditemui tinggal di dalam gua, dalam tanah, celahan kayu dan pinggir paya. Persoalan tambahan, kenapa kita selalu nampak lipas keluar waktu malam? Haa, perkara ini tejadi kerana lipas adalah spesies nocturnal iaitu lebih banyak aktif pada waktu malam.

 Peta dibawah adalah contoh taburan lipas german (Blatella germanica)

2. Kepelbagaian Spesies dan Morfologi

Secara umumnya, lipas yang rakyat Malaysia kenal warna hitam, perang dan mempunyai sayap. Disini saya tambahkan tiga spesies lipas (roaches) untuk memberikan gambaran kepelbagaian spesies.

i. Periplaneta Americana

Nama mudahnya, lipas amerika. Spesies ini kita selalu jumpa di kawasan rumah. Warnanya agak merah keperangan dan mempunyai garisan kucing di belakang kepala. Inilah lipas yang paling orang kita tak suka masa dia terbang.

ii. Lipas Madagascar

Lipas Madagascar dikategorikan antara lipas bersaiz besar di dunia dan tidak bersayap. Lipas ini mempunyai bentuk yang panjang dan lapisan kulit yang seakan-akan perisai kulit. Kadang kala manusia membela spesies ini untuk dijadikan haiwan peliharaan. Hobi masing-masing kan, apa nak dikisahkan.

iii. Catara rugosicollis

Spesies ini memang lain macam sikit. Bentuk badan yang hitam dan seakan-akan perisai perang yang telah dibom. Lipas ini boleh ditemui di kawasan hutan gunung. Entomologist Malaysia telah menemui spesies ini wujud di kawasan hutan Gunung Gading, Sarawak.

3. Ketahanan terhadap radiasi nuclear.

Satu lagi penemuan yang mengagumkan ialah beberapa jenis lipas diketahui mampu bertahan terhadap dos radiasi yang tinggi. Kajian menujukkan beberapa spesies serangga termasuk lipas mampu bertahan pada dos radiasi 10x ganda berbanding manusia bergantung kepada keadaan dan jenis radiasi. Namun penyelidik masih berdiskusi berkaitan kemampuan ketahanan ini, adakah kesan ini berkaitan survival individua atau kemampuan menghasilkan telur yang tidak mati.

Rujukan

  1. Richa Shah. Cockroach: Habitat, Locomotion and Life History. https://www.biologydiscussion.com/invertebrate-zoology/cockroach/cockroach-habitat-locomotion-and-life-history/27528
  2. Backyard Zoologist. https://backyardzoologist.wordpress.com/2010/11/10/death-taxes-and-cockroaches/
  3. Roaches. http://orionmystery.blogspot.com/ , dan https://www.projectnoah.org/spottings/341024875
  4. Benjamin Radford. Could cockroaches really survive a nuclear winter. https://www.livescience.com/32749-could-cockroaches-really-survive-a-nuclear-winter.html

Total
86
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts