Ayam Suntik Merosakkan Manusia?

Seingat saya dulu, bahkan kini, kecoh bahawa ayam yang kita makan di pasaran itu semuanya adalah ayam yang disuntik dengan hormon supaya membesar dengan cepat dan gemuk. Pada masa yang sama, ada juga yang berkonspirasi bahawa suntik-menyuntik ayam ini ialah agenda untuk merosakkan kehidupan manusia.

Fuh, berat nanang tempelan hujah spekulasi pada ayam-ayam.

               

Sekali lagi, encik Aiman daripada artikel kami tentang hikayat ayam minggu lepas berkongsi sedikit ilmu beliau berkenaan dengan ayam suntik. Persoalan pertama yang kita perlu jawab ialah, benarkah bahawa ayam yang terdapat di pasaran telah disuntik?

Jawapannya: Ya. Tetapi bukan pada ayam yang anda makan dan bukan dengan hormon, tetapi vaksin. Amalan suntikan hormon pada ayam telah diberhentikan pada tahun 80-an (FLFAM).  

Ayam pun perlu diimunisasikan

Sebelum kita pergi kepada apa yang disuntik ke dalam ayam, kita perlu ketahui terdapat tiga ayam (poultry) yang mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza:

  1. Ayam baka (breeder)
  2. Ayam penelur (layer breeder)
  3. Ayam pedaging (broiler).

Ayam baka ni tak lain tak bukan, kerjanya bertelur sahaja dan harus dipasang-pasangkan untuk mengawan. Ayam betina akan menghasilkan telur kuning (yolk) yang seterusnya akan mengembara melalui tiub ovari. Ayam jantan diperlukan bagi mempersenyawakan telur kuning tersebut lalu menghasilkan embrio. Setelah disenyawakan selama lebih kurang 24 jam, terhasillah telur yang akan menetaskan anak ayam.   

Ayam penelur pula lebih kurang sama, tetapi tidak dipasangkan dengan ayam jantan. Hal ini adalah untuk menghasilkan telur yang tidak berembrio. Ni telur yang korang makan hari-hari tu. Jadi, tak perlulah rasa bersalah dan bermonolog “kalau makan telur aku makan anak ayam yang cumilsz :’( ”.

Kiri: telur tidak disenyawakan, untuk dimakan Kanan: Telur yang telah disenyawakan, untuk menjadi anak ayam

Kedua-dua ayam ini disuntik dengan vaksin. Seperti manusia, ayam pun tidak kebal dengan pelbagai penyakit dan memerlukan suntikan vaksin. Suntikan yang dilakukan pada ayam adalah seperti di leher, dada, kepak, kaki dan bontot.

Sekiranya tidak disuntik, ayam tersebut mungkin terdedah dengan beberapa penyakit seperti:

  1. Penyakit Marek – serangan atas sel-T lymphocyte ayam menyebabkan imunisasi badan rosak menyebabkan kemurungan, kelumpuhan dan kematian ayam. Lebih kurang macam Covid-19 bagi ayam.
  2. Penyakit Newcastle – merosakkan pernafasan, kemurungan teruk, cirit birit dan mungkin leher terpintal
  3. Bronchitis berjangkit – sakit paru-paru
  4. Laryngotracheitis berjangkit – dyspnea (susah bernafas), batuk dan paru-paru berdetar (rales)
  5. Cacar unggas – kulit ayam menjadi tidak elok dan menyusahkan pernafasan
  6. Kolera unggas – kemurungan, hilang selera makan, mulut bercecair, bulu kusam, cirit-birit dan pernafasan tidak sekata.

Ayam yang anda makan

“TaPi sAYa TawRqZ SuWker DEngaNs SunTiK-mENyuNtiK nI”. Aduhai. Jangan risau ye, ayam yang anda makan tu, iaitu ayam pedaging, tidak disuntik. Ayam ni masih lagi diberikan vaksin, tetapi melalui minuman dan yang digunakan secara meluas ialah untuk Infection Bursal Disease (IBD). Ye la, takkan nak makan ayam yang berpenyakit dan murung kan?

Kebajikan ayam itu satu rahmah

Vaksin yang diberikan kepada ayam-ayam baka ini merupakan tanggungjawab penternak seperti encik Aiman menunjukkan rahmatan lil alamin manusia kepada alam di samping memastikan ayam yang sampai di pinggan anda nanti ialah ayam yang tidak berpenyakit.

Bukankah Allah menurunkan kita sebagai khalifah yang akan menjaga kebajikan alam? Anda tak kesian ke ayam kena kemurungan kalau tak divaksin? L

Begitu juga, dengan ura-ura mahupun tohmahan yang diberikan pada ayam, kita kena kaji sebelum kita menerima dan mentaklid secara buta dan bulat-bulat.

Pertaniaan ialah perniagaan dan ilmu

Kami di Ajar sangat berterima kasih atas kesudian Encik Aiman Syafiq untuk membenarkan kami berkongsi ciapan miliknya bagi menyediakan artikel ini. Seperti yang anda telah baca, pertanian bukan sahaja satu perniagaan yang mampu untuk menguntungkan ummah, namun juga memerlukan ilmu yang luas supaya ayam-ayam ini mampu diternak dengan optimal, rahmah dan berperikemanusiaan.

Berikut ialah saluran Youtube Encik Aiman di mana beliau berkongsi mengenai ladangnya, jemput subscribe dan belajar daripada beliau:

Kami mendoakan agar lebih ramai umat Islam mencebur bidang perniagaan dan membuang stigma masyarakat bahawa pertaniaan hanya melayakkan seseorang itu terporok di kampung. Tanpa penternak macam Encik Aiman, awak tak makan tau!

Rujukan

  1. Tweet asal: https://twitter.com/aiman_997/status/1266217460664950785?s=20
  2. https://www.msdvetmanual.com/poultry
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts