5 Bencana Kejuruteraan Paling Dahsyat dalam Sejarah

 

Tonton versi video di sini

Orang biasa anggap kerja kejuruteraan sebagai satu kerja yang selamat dan tak banyak main dengan nyawa. Tak macam doktor yang kena bedah orang, cucuk sana sini. Tapi sebenarnya kegagalan dan kegagalan jurutera boleh datangkan bencana besar!

Artikel ini senaraikan  bencana kejuruteraan yang paling dahsyat dalam lipatan sejarah, supaya jadi pengajaran bersama.

5) Letupan Roket Challenger

Bagi pelajar kejuruteraan, mungkin anda sudah pernah mendengar tentang bencana ini, sebab ia jadi satu kajian kes paling utama dalam etika kejuruteraan.

Pada 28 Januari 1986, roket NASA bernama Challenger meletup dan bercerai hancur 73 saat setelah berlepas, membunuh kesemua 7 anggota roket tersebut.

Image result for challenger explosion

Insiden tersebut amat mengesani kerana ia disiarkan secara langsung kepada jutaan rakyat Amerika, menjadikannya mungkin antara tragedi kematian yang disaksikan secara langsung oleh jumlah orang paling banyak dalam sejarah.

Punca utama bencana tersebut adalah kegagalan cincin O untuk mengembang dan mengetatkan tutupan, menyebabkan gas panas untuk terlepas keluar dan menceraikan orbiter akibat daya aerodinamik yang besar.

27cgchallengerjpg-12ac0142cb8f55de.jpg

Hal yang menjadikan insiden ini begitu kontroversi adalah masalah dengan cincin O ini sudah diketahui oleh pasukan kejuruteraan, tapi mereka ditegah untuk memaklumkannya oleh pihak pengurusan NASA. Mereka tak mahu menangguhkan operasi kerana mencalarkan reputasi dan menjimatkan kos.

Maka disebabkan kegagalan untuk mendengar nasihat dan kata – kata orang bawahan, berlakulah bencana ini yang boleh dieelak dari awal.

4) Runtuhan Hotel New World, Singapura

Bangunan Lian Yak yang menempatkan Hotel New World, runtuh pada 15 Mac 1986 disebabkan oleh kelemahan struktur dan pembinaan yang berkualiti rendah.

2_98.jpg

Runtuhan tersebut menyebabkan kematian sebanyak 33 orang, dan merupakan antara bencana paling teruk buat Singapura pasca perang.

Pada mulanya jurutera – jurutera yang membuat penyiasatan menganggap ia adalah perbuatan pengganas, sebab insiden ini begitu pelik. Tapi akhirnya andaian ini ditolak.

Akhirnya mereka jumpai di mana silapnya. Ia adalah kesilapan besar yang sangat monumental bertitik tolak dari reka bentuk awal bangunan. Jurutera struktur tidak mengambil kira faktor dead load bangunan tersebut.

Additional_Loads.jpg

Dengan kata lain, berat bangunan itu sendiri tidak dimasukkan dalam perkiraan. Ini bermakna, bangunan sudah berada pada titik keruntuhan hari pertama ia disiapkan. Tiang bangunan mengalami tekanan melebihi hadnya dan keruntuhannya hanya menunggu masa.

Inilah apa yang berlaku apabila suatu projek dimulakan dengan salah sejak dari langkah pertama.

3) Letupan Deepwater Horizon

Letupan Deepwater Horizon yang mengakibatkan tumpahan minyak luar pesisir di Teluk Mexico dianggap sebagai insiden tumpahan minyak terbesar dunia, dan bencana alam sekitar paling dahsyat dalam sejarah US.

4a8edddfdca63bfa952b089418a50ef5.jpg

Letupan tersebut yang turut mengakibatkan kebakaran berterusan berlaku pada 20 April 2010 di atas unit Mobile Offshore Drilling Unit atau dipanggil MODU, yang dimiliki dan dioperasikan oleh Transocean, dan melaksanakan operasi menggerudi untuk BP.

Tragedi tersebut mengakibatkan kematian 11 pekerja dan mencederakan 17 yang lain.

Rupa – rupanya, dokumen dalaman BP mendedahkan bahawa jurutera – jurutera sudah pun menyuarakan rasa bimbang bahawa selongsong besi yang hendak digunakan mungkin remuk akibat tekanan.

Menurut sebilangan pekerja rig, terdapat fahaman bahawa pekerja – pekerja yang mengkritik isu keselamatan boleh dipecat kerana melambatkan operasi penggerudian.

Malah pernyataan jawatankuasa membongkarkan bahawa BP, dalam banyak kes, memilih prosedur yang berisiko tinggi, untuk menjimatkan masa dan duit walaupun ditegah oleh pekerja dan kontraktor.

Berbaloi ke BP?

2) Penerbangan Turkish Airline 981

Pada 3 Mac 1974 kapal terbang Turkish Airline DC10 terhempas dalam bencana aviasi paling buruk sejarah, membunuh kesemua 346 penumpang.

turkish-airlines-dc-10-disaster.jpg

Tidak sampai 10 minit setelah berlepas, sebuah lubang besar terbentuk pada bahagian bawah kapal, dan menarik keluar lapisan kerusi penumpang. Juruterbang kemudian kehilangan kawalan lalu terhempas ke dalam hutan.

Disebabkan kelajuan impak, tiada seorang pun yang terselamat.

Punca kemalangan ngeri tersebut dikesan sebagai kegagalan reka bentuk selak pintu. DC 10 adalah kapal terbang pertama yang pintunya ditutup dari dalam. Walaupun pintu ini hanya khusus untuk kargo, sebarang perubahan tekanan dalam kapal terbang boleh mendatangkan kesan yang fatal.

VozLeFtl.png

Disebabkan selak dikunci dari dalam, pengendali kargo tiada cara untuk ketahui sama ada pintu sudah dikunci rapi. Lantaran kegagalan selak tersebut untuk berfungsi, tekanan yang kuat dari dalam kargo meletupkan pintu tersebut terbuka dan menghasilkan vakum yang meranapkan kapal.

Jelas, kemalangan ini adalah gabungan bersama faktor kecuaian manusia, reka bentuk mekanikal dan kebertanggungjawaban jurutera.

1) Bencana Chernobyl

Pada pertengahan abad ke – 20, tenaga nuklear dianggap sebagai satu prospek sumber tenagan baru yang amat dinanti – nantikan. Projek – projek pembinaan loji tenaga nuklear berkembang macam cendawan lepas hujan. Masa depan tenaga nuklear dianggap cerah.

Sampailah tahun 1986, komuniti tenaga nuklear senyap secara tiba – tiba.

Apa yang berlaku pada tahun tersebut adalah satu bencana loji nuklear yang paling besar dalam sejarah, yang dikelaskan tahap 7, iaitu tahap kebahayaan yang maksimum.

Letupan logi nuklear Chernobyl.

Selepas sebuah reaktor di Chernobyl meletus, bahan radioaktif yang banyak tercampak ke Ukraine, Russia dan Belarus.

exclusion-zone.jpg

Puncanya adalah akibat reka bentuk reaktor yang bermasalah sejak awal dan susunan teras reaktor yang tidak mengikut spesifikasi.

Kesannya adalah kemusnahan teruk flora dan fauna, keracunan radiasi terhadap 200 lebih orang, dan anggaran 4000 orang yang dijangka mati akibat kanser cetusan radiasi.

Kawasan berradius 30 km daripada tapak nuklear tersebut kini masih dikepung dalam zon alienasi akibat tahap radiasi yang masih begitu tinggi.

Malah laporan juga menyebut beberapa kes mutasi genetik hidupan yang disebabkan oleh keracunan radiasi Chernobyl.

chernobyl_photos_mutations2.jpg

Anda berani lawat?

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts