• Latest
  • Trending
  • All
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Artikel AJAR
  • Video
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

13 December 2020
Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Advertisement Banner
ADVERTISEMENT
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021
Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

8 January 2021
Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

29 December 2020
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

20 December 2020
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

15 December 2020
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

11 December 2020
Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

6 December 2020
Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

4 December 2020
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR
Monday, 25th January, 2021
No Result
View All Result
AJAR
  • Utama
  • Artikel AJAR
    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

  • Berita Pendidikan
    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    "McD Bukan Tempat Belajar!" Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    “McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

  • Santai
    Soalan Ujian Kecerdasan 'Pelik' Ini Buat Orang Garu Kepala

    Soalan Ujian Kecerdasan ‘Pelik’ Ini Buat Orang Garu Kepala

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek - Objek Terbesar di Alam Semesta.

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek – Objek Terbesar di Alam Semesta.

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab 'Terlalu Merepek' (2019)

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab ‘Terlalu Merepek’ (2019)

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini 'Selesaikan' Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini ‘Selesaikan’ Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

  • Video
    • All
    • Video Ajar
    • Video Info
    • Video Santai
    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ilusi Optik - Bila Mata pun Menipu!

    Ilusi Optik – Bila Mata pun Menipu!

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

    Paradoks Paling Best – Paradoks Kejutan

    Bumi Sebagai Hamparan?

    Bumi Sebagai Hamparan?

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    Krisis Pencairan Antartika

    Krisis Pencairan Antartika

  • Fantasains
  • Shop
  • Sumbangan
AJAR
Home Artikel AJAR
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Firdaus Azis by Firdaus Azis
13 December 2020
in Artikel AJAR
0
91
SHARES
1.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap yang hidup pasti akan mati. Kematian ini pula tidak mengira usia. Ada yang masih bayi sudah dijemput Illahi. Tambah lagilah yang sudah berusia. Jika kita ini seseorang yang penuh perasaan ingin tahu mungkin kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada tubuh badan kita selepas kita mati. Maka penulisan ini secara ringkas cuba selami secara sains apa yang berlaku pada tubuh kita selepas kematian.

Terdapat lima fasa selepas kematian iaitu

  • fasa segar,
  • fasa kembung,
  • fasa pereputan aktif,
  • fasa pos pereputan
  • fasa tulang.

Fasa Segar

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?
Apabila mati semua proses dan fungsi badan terhenti

Fasa segar merupakan fasa sejurus kematian sehingga tubuh badan mulai mengembung. Beberapa perkara dapat dilihat pada tubuh badan. Semasa masih hidup tubuh badan masih mempunyai peredaran darah. Jantung masih berdegup memaksa darah mengalir ke seluruh tubuh badan. Apabila kematian berlaku, semua fungsi badan terhenti. Termasuklah peredaran darah. Darah yang berhenti bergerak ini mulai jatuh ke bahagian paling bawah disebabkan tarikan graviti. Ini menyebabkan berlakunya perubahan warna pada bahagian bawah badan tersebut. Selalunya perkara ini dapat dilihat 1 jam selepas kematian. Pembentukan penuh perubahan dapat dilihat 3 hingga 4 jam selepas kematian. Perubahan ini terus berlaku sehingga 12 jam dan akan kekal begitu. Bahagian tubuh badan yang terdapat tekanan padanya disebabkan oleh pakaian atau apa-apa tekanan tidak akan menunjukkan perubahan warna pada kulit jika kulit tersebut dibahagian bawah. Perubahan suhu tubuh badan mulai berlaku dan  dipengaruhi oleh suhu persekitaran.

Di samping itu, terdapat perubahan kimia yang menyebabkan otot pada tubuh badan menjadi keras. Sejurus selepas kematian, tubuh badan masih mudah dibengkokkan. Ini disebabkan terdapatnya proses penghasilan asid laktik. Pengumpulan asid laktik yang banyak akan menyebabkan keasidan sel bertambah. Ini menyebabkan kekejangan otot pada tubuh badan yang boleh dilihat pada 2 hingga 6 jam pertama dan akan terus berlaku sehingga 12 jam selepas kematian. Kekejangan otot ini bermula pada bahagian otot muka dan merebak ke otot yang lain untuk 4 hingga 6 jam seterusnya. Kekejangan ini akan bertahan sehingga 24 hingga 84 jam. Selepas itu, otot akan kembali ke asal dan tidak lagi kejang.

Walaubagaimanapun, terdapat dua faktor primer yang mempengaruhi keadaan kekejangan tubuh badan ini. Faktor pertama ialah suhu persekitaran. Jika suhu persekitaran rendah potensi kekejangan akan bertambah cepat dan memanjangkan masa kekejangan. Manakala jika suhu yang tinggi akan menyebabkan sebaliknya. Faktor primer kedua adalah keadaan metabolik badan. Sekiranya seseorang itu terlibat dengan aktiviti yang berat, kekejangan tubuh badan akan bertambah cepat.

Terdapat perubahan warna kulit ke arah kehijauan pada bahagian abdomen, lebam dan rekahan pada kulit dan “tache noir” pada mata.  Pembentukan warna hijau ini adalah disebabkan oleh pembentukan gas hydrogen sulfide oleh abdomen dan tubuh badan. Gas ini merupakan molekul yang kecil dan senang meresap ke bahagian tubuh badan yang lain. Apabila gas ini bertindakbalas dengan heamoglobin yang terdapat pada sel darah merah, sulfhemoglobin akan terbentuk. Pigment ini akan berubah warna daripada merah  menjadi hijau dan akan kelihatan dari dalam salur darah.

Manakala “tache noir” pula adalah suatu perubahan pada bahagian mata yang terbuka sewaktu kematian dan tidak ditutup. Mata yang tidak ditutup ini akan menyebabkan bahagian berdekatan kornea yang dipanggil sklera menjadi kering. Keadaan ini mengakibatkan pembentukan warna kekuningan pada bahagian tersebut kemudian terbentuk garis tebal kehitaman.

ADVERTISEMENT

Beberapa jenis serangga mulai menghampiri kawasan bukaan pada tubuh badan. Bukaan ini termasuklah rongga hidung, telinga, mulut, anus, kemaluan dan luka jika ada. Antara serangga yang datang ini adalah lalat daging (Sarcophagidae) dan langau hijau (Calliphoridae). Lalat betina akan tiba dan meneroka terlebih dahulu tempat-tempat berpotensi untuk bertelur. Antara spesies langau hijau yang terkenal dan mudah didapati di Malaysia ialah Chrysomya megacephala. Satu lagi spesies yang selalunya ada bersama Chrysomya megacephala ialah Chrysomya rufifacies.

Lalat betina ini selalunya akan mencari bukaan-bukaan badan dan masuk ke arah dalam sedikit untuk bertelur. Seekor langau hijau boleh bertelur daripada 200 biji telur hingga 300. Walaupun begitu kawasan kesukaan lalat ini adalah tempat atau bukaan pada badan yang disebabkan oleh luka. Telur lalat ini akan menetas menjadi ulat atau larva instar pertamar. Larva ini akan mula memakan luka dan tisu tubuh badan.

Bagi kematian yang melibatkan tempat yang lembap dan berair. Bahagian kulit yang dipanggil epidermis mulai terpisah dengan bahagian dalamnya dermis. Keadaan ini menyebabkan kulit mudah dipisahkan dengan tubuh badan. Antara tempat yang boleh berlaku pemisahan ini adalah bahagian kulit tangan. Keadaan ini menyebabkan keadaan tangan seperti memakai sarung tangan.

ADVERTISEMENT

Fasa Kembung

Bakteria mempunyai kaitan rapat dengan tubuh badan manusia. Terdapat bakteria yang diluar badan dan bakteria yang di dalam badan. Semasa hidup, tubuh badan mempunyai sistem yang rumit dalam melindungi dirinya daripada diganggu bakteria penyebab penyakit.

Selain itu, terdapat juga bakteria baik yang membantu sistem badan sebagai contoh bakteria yang terdapat di dalam usus besar yang membantu proses pencernaan makanan. Bakteria ini selagi berada di usus besar tidak akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia. Masalahnya, apabila tubuh badan berhenti berfungsi bakteria ini tiada lagi halangan untuk bergerak ke tempat lain di dalam tubuh badan. Di tambah lagi keadaan tubuh badan yang hilang keupayaan mengawal bakteria-bakteria ini menjadikan tubuh badan medium paling bagus untuk pembiakan dan pertumbuhan bakteria.  Bakteria-bakteria ini tanpa dikawal akan mencernakan sel-sel dan tisu-tisu tubuh badan.

Percernaan dan pemecahan sel, tisu dan organ tubuh badan banyak berlaku di usus disebabkan kuantiti bakteria yang banyak disitu. Proses tindakbalas bakteria ini menyebabkan penghasilan gas. Gas yang terkumpul menyebabkan bahagian tubuh badan mengembung. Waktu ini, suhu tubuh badan akan lebih tinggi berrbanding suhu sekeliling. Bau ammonia juga sangat kuat. Cecair alkali yang terhasil dari pemecahan sel, tisu dan organ mula mendak ke bawah badan. Disebabkan ini tanah di persekitaran bawah badan berubah menjadi lebih alkali. Pada waktu ini, lalat menjadi sangat tertarik pada tubuh badan yang mengembung. 

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?
Foto ikan paus yang telah mati mengalami fasa kembung
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?
Ulat-ulat dari lalat mulai memakan daging-daging mayat

Fasa pereputan aktif

Proses pereputan aktif ini dapat dilihat jelas apabila pembusukkan tubuh badan mulai berlaku disebabkan pelepasan gas hasil tindakbalas bakteria. Pada waktu ini juga, larva iaitu ulat daripada penetasan telur lalat dewasa mulai memakan bahagian tubuh terutama kulit dengan aktif. Daripada keadaan mengembung tubuh badan mulai mengempis akibat kehilangan gas ke udara. Proses pemakanan oleh larva begitu banyak di dalam dan luar tubuh badan sehingga ada yang jatuh ke tanah.

Waktu ini juga beberapa kumbang mulai bertambah. Di penghujung proses ini, kebanyakkan larva ini akan bertukar menjadi pupa dan mulai bergerak menjauhi tubuh badan dan jatuh ke tanah.

Fasa pos pereputan

Fasa ini tubuh badan akan tinggal kulit, tulang rawan dan tulang sahaja. Lalat dan larva akan berkurang dan banyak diganti oleh kumbang. Kumbang ini akan terus menjalankan aktiviti memakan apa yang tinggal di tulang. Proses memakan ini melibatkan bahagian daging dan tulang rawan sehingga yang tinggal adalah bahagian tulang.

Fasa tulang

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?
Tulang sahaja yang tinggal

Fasa ini bermula apabila tubuh badan hanya tinggal tulang dan rambut.

Akhir kata

Apabila disebut tentang kematian pastinya terngiang-ngiang lagu Selimut Putih. Antara liriknya:

“Jasad terbujur di pembaringan”, “Terbujur badan dan kedinginan”.

Inilah yang pasti akan berlaku. Kita akan tinggalkan semua yang kita ada di dunia. Yang dibawa amal bakti sepanjang hayat.

Moga Tuhan rahmati, kasihani dan ampuni kita semua. Amin.

Rujukan

[1]         Higley L G and Huntington T E 2009 Forensic Entomology: An Introduction vol 46

[2]         Hau T C, Hamzah N H, Lian H H and Amir Hamzah S P A 2014 Decomposition process and post mortem changes: Review Sains Malaysiana 43 1873–82

Tags: Sains

Dapatkan kemaskini terkini berkenaan kategori ini terus ke peranti anda, tekan subscribe

Unsubscribe
Advertisement Banner Advertisement Banner Advertisement Banner
Previous Post

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Next Post

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

Related Posts

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?
Artikel AJAR

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?
Artikel AJAR

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?
Artikel AJAR

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Next Post
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Discussion about this post

Media Sosial

  • 192.9k Fans
  • 11k Followers
  • 312k Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Koleksi Teka - teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

Koleksi Teka – teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

13 June 2019
6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

16 September 2020
Apa Itu Gelaran Ts?

Apa Itu Gelaran Ts?

3 November 2019
4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

6 January 2020
Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

1 September 2020
Berhati - hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge'

Berhati – hati dengan Trend Baru ‘#10YearsChallenge’

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Apa Itu Paradoks?

Apa Itu Paradoks?

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021

Tentang AJAR

AJAR adalah medium pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus, terutama yang menjawab persoalan kenapa.

Ikuti Laman Sosial

Tag Popular

Bahasa Dunia Melayu Fantasains featured mate matematik Sains sejarah teknologi

Terkini

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Artikel AJAR
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Video
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In