Riang – riang yang meriangkan periang yang riang

Sesiapa yang pernah pergi berkhemah, masuk hutan dan tinggal dekat dengan kawasan hutan, mesti akan selalu dengar bunyi riang-riang. Spesies serangga ini sangat terkenal di Malaysia sehingga ada yang menjadikan riang-riang sebagai haiwan peliharaan. Tak kurang juga ada yang jadikan kudap-kudap. Kita akan berkenalan dengan riang-riang dan kemudian siasat macam proses riang-riang menjerit.

1. Tatanama

Selain dipanggil riang-riang, nama antarabangsanya adalah Cicada (Si-ka-da). Hal ini kerana riang-riang berasal daripada order Hemiptera, keluarga Cicadidae. Dianggarkan lebih kurang 3000 spesies yang ditemui dan masih terlalu banyak kekal misteri. Cicada di Malaysia umumnya dilihat berwarna hijau muda dan hijau gelap. Nama saintifik untuk riang-riang Malaysia adalah,

i. Tacua speciosa

ii. Dunbua vaginata

iii. Orientopsaltria beaudouini

iv. Kepelbagaian Spesies (gunakan link di rujukan untuk zoom spesies pada quality tertingggi) http://www.cesarebrizio.it/Ento_Boxes/CICADIDAE_01.html

2. Kitar Hidup

Cicada adalah spesies kumbang yang mempunyai kitar hidup yang tidak lengkap iaitu tidak melalui fasa larva.

Dekat mana telur Cicada dilepaskan? Jawapannya adalah di ranting dan dahan. Kemudian apabila telur menetas, Cicada kecil akan menembusi tanah dan menghisap sap sel akar pokok. Cicada bukan pemangsa yang makan serangga kecil yang lain walaupun rupanya agak brutal sikit. Tempoh hidup Cicada adalah berbeza, rekod menujukkan tempoh lama spesies ini boleh hidup adalah 2-5 tahun mengikut faktor tertentu.

3. Komunikasi

Bagaimana Cicada mengeluarkan bunyi yang bising? (https://youtu.be/b3PRkwixQnQ). Serangga ini mampu mengeluarkan bunyi sehingga 100 decibel. Bunyi yang dihasilkan datangnya daripada organ Tymbal, iaitu sejenis set tulang rusuk di bawah bahagian sayap. Setiap set tulang rusuk tersebut bersambungan dengan otot tymbal. Apabila otot mengendur dan mengecut, tulang rusuk tersebut akan melengkung dan menghasilkan bunyi ‘klik’. Disebabkan oleh aktiviti otot tersebut berlaku dengan pantas (~300klik/saat), maka kita akan mendengar satu bunyi yang tidak putus-putus. Tambahan pula, tulang tersebut terletak di dalam sebuat ruang kosong berdekatan abdomen, maka bunyi klik bertambah kuat.

Setiap spesies akan mengeluarkan bunyi yang unik antara satu sama lain. Bunyi tersebut kitab oleh dengar disiang hari.

Peristiwa Menarik Cicada di Malaysia

Orang Malaysia dan ilmu mistik memang tidak dapat dipisahkan. Pada tahun 2019, terjadi satu peristiwa pokok petai menangis. Maka viral-lah kejadian tersebut. Ramai juga yang menadah air kononnya menyembuhkan penyakit.

Selepas beberapa orang pakar mengkaji kejadian tersebut, mereka mendapati air yang keluar datangnya daripada Cicada yang mendiami pokok tersebut. Persoalannya, macam mana air itu banyak sangat dikeluarkan?

Hal ini disebabkan oleh kuantiti air yang diambil oleh Cicada daripada sap sel tumbuhan adalah banyak dan menyebabkan Cicada tersebut terpaksa mengeluarkan air yang lebih daripada salur pembuangannya. Pendek kata, “sesedih pokok petai menagis, sedih lagi orang yang meminumnya”.

Rujukan

1. Malaysia-Cicada Mania : https://www.cicadamania.com/cicadas/category/locations/malaysia/

2. Cicadidae, Entomoly Box 1: http://www.cesarebrizio.it/Ento_Boxes/CICADIDAE_01.html

3. https://www.britannica.com/animal/cicada

4. life cycle and sound produce : https://youtu.be/zRxkZWzFRCY

5. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-pokok-petai-menangis-terjawab-penduduk-tadah-air-kencing-serangga-197252

Total
50
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts