Sekitar beberapa dekad sekali, Bumi dihentam oleh ribut suria (solar storm) yang menyebabkan gangguan elektrik di Bumi.
Ribut suria yang berlaku pada tahun 1882 dan 1921 telah mengakibatkan perkhidmatan telegraf tidak berfungsi & banyak perkakas elektrik terbakar.
Bumi mempunyai medan magnet yang melindungi penghuninya daripada angin solar berbahaya. Tanpa medan ini, Bumi akan kering kontang & tidak dapat dihuni seperti Marikh. Marikh pun pada asalnya berkeadaan seperti Bumi tetapi kehilangan medan magnetnya menjadikannya seperti hari ini.
Angin suria bertukar menjadi ribut apabila jumlah tompok Matahari tinggi kerana ia melepaskan plasma yang banyak dan laju bersama-sama dengan medan magnet matahari.
Kejadian ini ganggu medan magnet Bumi dan kejadian ribut geomagnet tercetus, kemudian mencetuskan Geomagnetically Induced Currents (GIC). Seterusnya ganggu bekalan kuasa & elektrik di Bumi.
Ribut suria paling dahsyat pernah berlaku adalah ketika tahun 1859. Tetapi pada masa itu kita belum ada rangkaian komunikasi, belum ada bekalan dan grid kuasa elektrik. Kalau kejadian ini berlaku pada zaman ini, bekalan elektrik di seluruh dunia akan putus, internet pun putus.
Beberapa kejadian ribut suria dahsyat pernah berlaku sebelum ini. Pada tahun 1972, ribut solar telah mengakibatkan gangguan elektrik, rangkaian komunikasi & satelit di seluruh Amerika utara serta mengakibatkan meletupnya beberapa peranti letupan.
Ketika Perang Vietnam, terdapat beberapa kapal perang Amerika Syarikat meletup tidak diketahui punca. Rupa-rupanya ada peranti letupan yang meletup akibat daripada ribut suria. Pada tahun 1989, ribut suria mengakibatkan 6 juta penduduk tiada bekalan kuasa selama 9 jam. Perkakas-perkaras elektronik tidak berfungsi. Aurora muncul menghampiri kawasan khatulistiwa (pelik sebab aurora hanya muncul di kutub utara dan selatan).
Sekiranya kita perhatikan kejadian ini, ia berlaku sewaktu bilangan tompok Matahari tinggi pada kitaran tersebut. Ada waktu Bumi terlepas dari dihentam ribut suria seperti pada tahun 2012. Kesannya tidak seragam di seluruh dunia. Negara yang tinggi latitud lebih berisiko.
Walaupun ia hanya berlaku pada sesetengah kawasan, zaman dulu mungkin tidak terkesan sangat. Amerika Syarikat terkesan, Malaysia mungkin masih selamat. Tambah lagi, sistem elektrik di zaman sekarang telah dicipta dengan persediaan untuk berhadapan dengan ribut ini. Tetapi masih perlu bersedia dan berjaga-jaga kerana kita masih belum biasa menghadapi ribut ini di dunia yang semuanya digital.
Tambah lagi, teknologi kabel internet kita pun masih belum ada persediaan untuk berhadapan dengan ribut ini. Kabel ini pula berhubung dengan banyak negara.
Pada tahun 2008, kabel internet pernah terganggu dan mengakibatkan gangguan dan internet putus di seluruh Timur Tengah, India hinggalah ke Singapura dan Indonesa.
Tidak mustahil apabila ribut suria dahsyat berlaku pada masa mendatang, rangkaian internet di seluruh dunia terganggu. Bagi orang-orang kecil macam kita, internet terputus mungkin kesannya kecil. Tetapi untuk industri-industri besar, pengangkutan, hospital, bank, tentera dan sebagainya akan terkena impak yang dahsyat.
Banyak operasi tidak dapat berfungsi dengan baik. Rantaian bekalan (supply chain) akan putus. Air dan sumber bekalan penting tidak dapat dibekalkan dengan baik dan lancar. Kesannya akan sampai ke orang-orang kecil macam kita juga. Impaknya ibarat diserang pandemik hingga sukar untuk beroperasi. Amerika Syarikat pernah kerugian hingga 2.6 trilion dolar akibat daripada serangan ribut suria.
Gambar di bawah adalah gambar daripada filem Jepun, Survival Family (2016) yang menayangkan kemandirian dan kelangsungan hidup apabila bekalan kuasa, elektrik dan internet tiba-tiba terputus.
*Penulisan di ambil daripada facebook Saudara Zamir Mohyedin dengan keizinan. Beliau merupakan ahli di Institut Fizik Malaysia.