BAGAIMANAKAH API TERHASIL?

Api merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang memberi manfaat kepada manusia. Dari zaman dahulu, api digunakan untuk membantu masyarakat menjalankan kehidupan seharian. Aktiviti seperti memasak, mengeringkan pakaian dan lampu pelita merupakan antara manfaat daripada api.

Namun, penghasilan api yang besar memberi kesan buruk kepada manusia. Hal ini kerana, api yang besar akan menyebabkan kebakaran boleh berlaku.  Seringkali kita mendengar kes-kes kebakaran yang meragut nyawa di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar. Kebakaran ini bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah memusnahkan harta benda.

Kes kebakaran yang paling sensasi pernah berlaku di Malaysia, telah melibatkan satu pusat tahfiz dan mengorbankan sejumlah besar mangsa. Pada tahun 2020 juga merekodkan beberapa kes kebakaran hutan yang ekstrim di negara Korea Selatan dan Australia yang merugikan negara. Persoalannya bagaimanakah api terjadi?

Bagaimana Api Terhasil?

Terdapat dua konsep yang menerangkan penghasilan api iaitu segitiga api dan ‘fire tetrahedron’.

Segitiga api (Fire triangle) menerangkan bahawa api boleh terhasil apabila hadirnya tiga faktor utama iaitu bahan bakar (fuel), oksigen (O2) dan haba (heat). Manakala, konsep ‘fire terahedron’ menerangkan bahawa kebakaran boleh berlaku apabila wujudnya ketiga-tiga faktor (fuel, oksigen dan haba) dan berlakunya tindak balas kimia antara ketiga-tiga faktor tersebut.

Bahan bakar (fuel) merupakan bahan yang mempunyai kebolehupayaan untuk terbakar apabila hadirnya oksigen dan haba. Bahan bakar boleh hadir dalam bentuk pepejal dan cecair.  Contoh bahan bakar yang boleh didapati dalam bentuk pepejal adalah seperti kayu, kertas dan kain.

Manakala, tinner, cat dan bahan organik merupakan contoh bagi bahan bakar jenis cecair.

Contoh Api Terhasil

Contoh mudah bagi memahami bagaimana ketiga-tiga elemen ini bertindak adalah apabila kita menyalakan pemetik api. Kebiasaannya ‘butane’ menjadi bahan mudah terbakar yang diletakkan di dalam pemetik api. Apabila kita menekan pemetik api, berlaku geseran pada pemetik tersebut menyebabkan haba terhasil. Tindak balas antara ‘butane’, haba hasil geseran, dan oksigen di sekeliling menghasilkan tindak balas yang membentuk api dan mengeluarkan haba ke sekeliling.

Fenomena Kebakaran

Penerangan bagaimana kebakaran boleh berlaku dapat difahami dengan melihat situasi kebakaran yang berlaku di Australia ketika musim panas pada tahun 2019-2021. Pada musim panas tahun tersebut merekodkan suhu harian tertinggi iaitu 50’C dan telah menjadikan hari tersebut merupakan hari paling panas yang pernah dihadapi di sana. Di tambahkan lagi dengan musim kemarau yang teruk.

Suhu sekitar yang panas merupakan keadaan yang ideal untuk kebakaran berlaku.

Pada musim yang kering, pokok bertindak sebagai bahan bakar (fuel) yang baik di samping oksigen di sekitar, memudahkan untuk kebakaran berlaku. Kehadiran ketiga-tiga faktor ini beserta kehadiran angin yang kencang memangkinkan tindak balas antara kesemuanya sehingga menyebabkan kebakaran terhasil dan merebak di seluruh hutan. Keadaan ini telah menjadikan kebakaran yang maha dahsyat sehinggakan musim panas pada tahun tersebut dikenali sebagai “Black Summer”.

Kesimpulannya, api boleh terhasil apabila berlaku tindak balas antara haba, bahan bakar dan oksigen.

KESIMPULAN

Kehadiran api dalam kehidupan dapat memudahkan manusia melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah dan selesa. Namun, api juga mampu memberi kesan buruk kepada manusia tika mana api tersebut menjadi terlalu besar sehinggakan tidak dapat dikawal dan terjadilah kebakaran sehingga menyebabkan berlakunya kehilangan dan kemusnahan yang sangat dahsyat.

Ditulis oleh,

Saudara Asmi Syamim, Health, Safety & Environment (HSE)

RUJUKAN

https://study.com/academy/lesson/facts-about-fire-lesson-for-kids.html

https://www.kompas.com/skola/read/2021/01/08/173811469/mengapa-api-sangat-penting-dalam-kehidupan-manusia?page=all

http://my.corten-steel.net/fire-pit/bbq-fire-pit/cooking-fire-table-for-barbecuing.html

https://www.thesun.co.uk/news/10670141/what-started-australian-fires-spreading/

https://www.sciencefocus.com/news/australian-wildfires-is-there-anything-that-can-be-done-to-stop-the-world-burning/

Total
25
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts