Albert Einstein pernah cakap yang masa lalu, sekarang dan masa hadapan tu adalah ilusi. Korang faham tak apa yang Einstein maksudkan dengan ayat ni?
Pertama sekali, Einstein terkenal disebabkan oleh Teori Relativiti dia. Teori Relativiti ni mencabar pemahaman kita terhadap bagaimana ruang dan masa tu wujud. Antara yang terkenal tentulah konsep “Time Dilation”, situasi di mana dua orang pemerhati merasa masa yang berbeza.
Satu idea daripada Relativiti yang kita nak bincang adalah bagaimana Einstein meletakkan masa sebagai satu dimensi matematik yang sama sifatnya dengan ruang.
Kata Einstein, kita ada 3 dimensi ruang, dan 1 dimensi masa. Gabungan ruang dan masa ni menghasilkan ruangmasa (spacetime). Bila kita ambil dimensi masa ni secara literal, maka kita boleh mula buat macam-macam dengan idea ni. Antaranya adalah gabungkan ruang dan masa dalam dua satah berbeza, menghasilkan idea “Alam Bongkah” (Block Universe).
Bongkah disini merujuk kepada benda bentuk kiub tu ya.
Dalam idea Alam Bongkah ni, sama macam konsep semua ruang wujud secara serentak, semua masa (masa lampau, sekarang dan masa hadapan) juga wujud secara serentak.
Gambar kat bawah ni boleh bagi lebih gambaran macamana “past, present and future exist simultaneously” ni.
Pandangan ni juga dipanggil sebagai eternalism, sebab teori Alam Bongkah ni cakap yang masa hadapan tu memang dah tercipta sejak terciptanya ruang masa lagi.
Cuma sebab kita ni makhluk yang hidup dalam ruang masa, maka kita tak mampu nak bergerak ke seluruh alam bongkah ni.
Bagi aku sendiri, Alam Bongkah ni macam satu DVD filem yang dah siap dibikin. Kau tahu bahawa filem yang dah siap dibikin tu ada permulaan, pengembangan, klimaks dan pengakhiran. Semua “peristiwa” yang ada, wujud serentak dalam DVD tu.
Tahun 2009 yang lepas, Hrvoje Nikoli? cakap yang dia berjaya gunakan idea Alam Bongkah ni untuk menyelesaikan masalah paradoks informasi Lohong Hitam. Ni link paper dia: https://t.co/phlmkCTgNl
Ramai jugak saintis yang tak suka dengan Teori Alam Bongkah ni sebenarnya.
Contoh macam Einstein sendiri. Einstein kalau ikutkan lagi suka pada pandangan bahawa masa yang real cumalah “sekarang”, masa lalu dan masa hadapan tu semua tu tak real.
Pandangan ni disebut presentism.
Presentism ni bagi aku satu idea yang asing lah, tapi bila aku baca-baca balik, al-Ghazali pun berpegang dengan idea Presentism ni sebenarnya.
Menurut al-Ghazali, Tuhan memperbaharui alam setiap detik, dan masa lalu serta masa hadapan tu lain sifatnya dengan “sekarang”.
Tapi sebab argumen al Ghazali bersifat metafizikal, maka aku tak masukkan dalam ni lah sebab aku tak mahir.
Teori akhir melawan Presentism dan Block Universe tadi adalah Alam Bongkah yang Berkembang (Evolving Block Universe).
Alam Bongkah Berkembang ni beza sikit je dari Alam Bongkah tadi.
Dalam Alam Bongkah Berkembang ni, cuma masa lalu dan sekarang je yang dianggap real. Masa hadapan pula belum wujud lagi.
Ada saintis yang suka dengan idea Alam Bongkah Berkembang ni sebab wujudnya kebarangkalian masa hadapan atau “free-will” untuk manusia.
Alam Bongkah Berkembang ni pun intuitive, sebab dalam kes ni, sebab tak mampu terjadi sebelum akibat (cause does not happen before effect).
So, tldr version: Ada tiga versi “spacetime” atau ruangmasa yang kita tahu – Alam Bongkah, Alam Bongkah Berkembang dan Presentism.
Mana satu yang betul? Entahlah.
Saintis tengah saling berdebat antara mereka.
BACAAN LANJUT :
SUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://www.fiziklah.com/2016/12/kisah-si-kerani/