Kenapa Rahang Mulut Dinasti Eropah Lebar – lebar? Sebab Perkahwinan Ahli Keluarga Terdekat.

Apabila kita meneliti gambar – gambar klasik daripada tamadun Eropah, mungkin ada antara kita yang terperasan suatu perkara yang agak janggal pada gambar – gambar tersebut.

King Charles II Sepanyol

Iaitu, banyak golongan Monarki dan pemerintah Eropah miliki rahang yang lebar dan besar, di samping bibir bawah yang membonjol.

Keluarga Habsburg yang memerintah kawasan yang besar di Eropah Tengah dari abad ke 16 hingga abad ke 18, berkongsi bukan saja nama keluarga yang sama – bahkan banyak ahli keluarga mereka juga turut memiliki rahan bawah yang besar yang lebar yang dipanggil ‘rahang Habsburg‘.

Margaret of Austria, Permaisuri Sepanyol (1584-1611)/Wikimedia Commons

Mengapa fenomena rahang Habsburg yang unik ini boleh terjadi? Kajian terbaru oleh saintis telah mengesahkan sebabnya.

Rahang tersebut merupakan akibat perkahwinan sesama ahli keluarga terdekat yang berabad lamanya.

“Dinasti Habsburg merupakan antara dinasti yang paling berpengaruh di Eropah” kata Roman Vilas, profesor genetik di University of Santiago de Compostela. ” Tapi dinasti tersebut kemudian dikenali dengan amalan inbreeding (perkahwinan ahli keluarga terdekat) yang akhirnya mengakibatkan kejatuhannya”.

Ini kerana pertalian darah diraja bagi dinasti Sepanyol tersebut tamat pada tahun 1700 dengan kematian King Charles II yang tidak dapat melahirkan zuriat, besar kemungkinan akibat amalan inbreeding.

Susur galur keturunan Habsburg

Rekod menunjukkan raja – raja Habsburg kerap terlibat dalam perkahwinan sesama ahli keluarga biologi yang turut melibatkan perkahwinan bapa saudara – sepupu dan perkahwinan sepupu pertama.

Tujuan perkahwinan sesama ahli keluarga terdekat ini adalah untuk memelihara warisan keturunan sesama mereka

Kajian genetik terbaru telah menemukan perkaitan positif yang jelas antara amalan inbreeding dengan susuk muka rahang Habsburg.

Dalam kajian yang diterbitkan di Annals of Human Biology , para pengkaji merekrut 10 pakar bedah muka pakar yang menggunakan 66 potret untuk mendiagnosa 15 orang ahli dinasti Habsburg.

Philip IV

Didapati, rahang Habsburg itu tidak kelihatan pada awal keturunan, dan menjadi semakin ketara dan tampak di generasi yang terbawah.

Bagaimanapun pengkaji mengatakan mereka tidak boleh menolak kemungkinan bahawa muka Habsburg itu tidak lain hanyalah merupakan sifat yang diperturunkan secara warisan dan kajian tersebut merupakan anggaran pertama struktur genetik muka manusia dengan saiz sampel yang kecil.

Total
47
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts