Satu artikel yang menarik oleh Tim Oates daripada Cambridge Assessment membongkar beberapa kisah – kisah dongeng yang selalu digembar – gemburkan mengenai sistem pendidikan Finland.
Menariknya, kisah – kisah dongeng ini menurut beliau sering datang daripada ‘pelancong – pelancong pendidikan’ yang datang melawat Finland, lihat apa yang mereka ingin lihat, tanpa mereka hiraukan masalah yang dialami oleh sistem pendidikan negara tersebut.
Sistem – sistem pendidikan Finland yang dikagumi oleh pelancong – pelancong luar ini termasuklah ‘murid tiada komitmen berpusat’, ‘pelajaran berteraskan autonomi murid’, waktu mula yang lewat, kurang kerja sekolah, murid kurang beban dan tanggungjawab, murid tak stres, kurangnya sistem peperiksaan.
Di Finland juga selalu diceritakan tiada sekolah private, murid – murid juga tidak perlu memilih sekolah sendiri.
‘Merepek’ – ujar Tim Oates. Persaingan markah gred, peperiksaan – peperiksaan penting, pemilihan sekolah, semua ini ada, tapi tak selalu diceritakan oleh orang yang memuji – muji negara Finland.
Menurut beliau lagi, suatu faktor yang mesti dinilai oleh semua orang adalah Finland, seperti mana negara berprestasi tinggi lain seperti Hongkong dan Singapura, adalah negara yang kecil. Semua negara ini jumlah populasi mereka adalah antara 5 – 7 juta orang sahaja.

Malah hakikatnya, prestasi pendidikan Finland sebenarnya semakin merosot. Menurut pengkaji Heller Sahlgren dari Centre for the Study of Market Reform of Education, ‘sistem pendidikan ajaib’ yang diguna pakai Finland inilah punca kejatuhannya.
Menurut beliau, kehebatan pencapaian pendidikan Finland hakikatnya berlaku sebelum daripada kebanyakan polisi pendidikan Finland yang baru ini diperkenalkan. Setelahnya, barulah pencapaian mereka merosot.
“Bukti – bukti baru menunjukkan kejayaan Finland dalam pendidikan adalah berpunca daripada faktor ekonomi, sejarah dan budaya dan bukan sistem pendidikan yang diguna pakai oleh negara tersebut” ujar Heller.

Mungkin yang agak ironi adalah, melihat kepada kegagalan sistem pendidikan Finland, kini Asia pula yang menjadi sasaran lantaran kejayaan mereka.
Seorang rakyat Finland yang belajar di Hong Kong, Hannamiina Tanninen dalam Tedtalk beliau menggariskan beberapa tindakan yang mesti diambil oleh pelajar Finland untuk kekal relevan (Pencapaian PISA Hong Kong lebih tinggi daripada Finland)
1) Murid di Asia mula belajar lebih awal, mereka belajar lebih keras dan kerja lebih panjang.
2) Sistem pendidikan Finland merendahkan piawai mereka untuk merangkumi murid yang lebih lemah. Sistem Asia Timur menghendaki semua murid berusaha mencapai piawai universal yang tinggi.
3) Sistem pendidikan Asia Timur menyuruh murid bersaing untuk berjaya. Di Finland mereka tak suka bersaing.
4) Sistem pendidikan Finland perlu sentiasa membuat pengajaran mereka seronok. Tapi menurut Hannamiina ini adalah satu masalah kerana pencapaian pendidikan mereka terpaksa pula menurut perasaan dan kehendak murid, bukan pencapaian objektif.
5) Di Finland, mereka sering kali diajar “sudah cukup la tu, anda dah bagus”. Tapi di Hong Kong Professor sentiasa menyuruhnya buat lebih baik, pergi lebih jauh.
Menariknya, mungkin banyak daripada saranan ini sudah pun diamalkan dalam sistem pendidikan Malaysia.

Maka, adakah boleh jadi ketika Malaysia sedang melihat untuk bermigrasi kepada sistem pendidikan Finland, Finland lambat laun mengadaptasi pula sistem pendidikan Malaysia / Asia? Jadi apakah sebenarnya solusi masalah sistem pendidikan kita?
*Ramai kata guru di Finland adalah terbaik di dunia. Admin mungkin susah nak percaya apabila pengalaman guru di Malaysia, mereka sanggup mengajar sehingga 1 pagi atas pengorbanan sendiri.
Sumber:
1) https://www.cambridgeassessment.org.uk/…/207376-finnish-fai…
2) https://cps.org.uk/…/real-finnish-lessons-the-true-story-o…/
3) https://bigthink.com/t…/finland-education-system-criticisms/