5 Perpustakaan Dunia Islam yang jarang didengar.

Dunia Islam kaya dengan perpustakaan. Yang biasa didengar ialah perpustakaan Baytul Hikmah di Baghdad yang tidak lagi perlu diperkenalkan dengan kehebatannya suatu masa dahulu. Namun, jarang sekali didengari perpustakaan lain yang tidak ketinggalan juga merupakan perpustakaan hebat di dunia islam ini.

Adakah kita kenal perpustakaan-perpustakaan tersebut?

1. Perpustakaan Qarawiyyin

Perpustakaan Qarawiyyin merupakan salah satu perpustakaan tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 859 di Fez, Morocco. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan tertua di Afrika dan perpustakaan ini diiktiraf perpustakaan tertua yang masih berfungsi dari awal pembinaan sehingga kini. Antara manuskrip yang agak nadir di perpustakaan ini adalah seperti manuskrip Muqaddimah Ibn Khaldun yang ditulis pada abad ke-14, Quran kaligrafi kufi abad ke-9 dan manuskrip penulisan Ibn Rushd. Perpustakaan ini memainkan peranan penting dalam perpindahan ilmu dari dunia islam ke Eropah ketika dunia Eropah masih di zaman kegelapan.

2. Perpustakaan Mustansiriyya

Perpustakaan Mustansiriyya merupakan antara perpustakaan yang terselamat daripada serangan Mongol pada 1258 yang menghancurkan Baghdad. Perpustakaan ini dibina pada tahun 1227 berdekatan sungai Tigris. Disebutkan bahawa terdapat kira-kira 80,000 manuskrip yang disimpan di sini dan pada tahun 1393 perpustakaan ini digabungkan bersama Madrasah Nizamiyah.

3. Perpustakaan Topkapi, Istanbul

Perpustakaan ini terletak di dalam istana Topkapi, Istanbul dan mengumpulkan warisan manuskrip yang luas, hasil daripada wilayah di bawah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Terdapat kira-kira 14,000 manuskrip dan pelbagai kesenian yang tersimpan di dalam istana Topkapi ini. Penulisan dan album daripada dunia arab, Seljuk, Mamluk, Mongol, Timurid, Uzbek, Turkmen dan Safavid, kesemuanya dikumpulkan di dalam istana ini dan boleh dijumpai sehingga ke hari ini.

4. Perpustakaan Cordoba

– Andalus pernah menjadi pusat kepada kecemerlangan keilmuan dunia islam suatu masa dahulu yang mana pernah disebut sebagai sebab kepada kebangkitan dunia Eropah dari sudut keilmuan. Terdapat kira-kira 380 masjid, 800 madrasah, 70 perpustakaan awam dan banyak lagi perpustakaan peribadi yang berada didalam bandar Cordoba di Andalus itu. Masjid Cordoba merupakan universiti terbesar di Eropah ketika zaman Islam dan mempunyai hampir 4000 pelajar dalam satu masa.

– Rheinhart Dozy berpendapat bahawa hampir setiap orang boleh membaca dan menulis. Apabila dibandingkan dengan Eropah ketika itu yang hanyalah Priest dan aristokrat sahaja yang boleh menulis dan membaca.

– Di sini juga terletak hasil terjemahan penulisan-penulisan seperti Plato dan Aristotle yang telah diterjemah ke dalam bahasa arab. Malah penulisan Ibn Sina dan Ibn Rushd juga disimpan di dalam perpustakaan ini suatu masa dahulu.

5. Perpustakaan Mughal India.

Perpustakaan pertama di dalam Mughal ditubuhkan oleh Raja Zaheer al-Din Babur pada 1526. Terdapat hampir 24,000 tajuk buku di dalam perpustakaan ini. Di sini juga terdapat perpustakaan khas untuk wanita. Di dalam perpustakaan ini tersimpan pelbagai manuskrip berkaitan astronomi, astrologi, matematik, tafsir, hadis, muzik dan perubatan. Perpustakaan ini menjadi tempat perkumpulan para ilmuan, ulama’ dari pelbagai negara seperti Samarkand, Khurasan dan Herat yang dibawa masuk ketika zaman Zaheer Al-Din Babur.

Bantu kami bangunkan perpustakaan Astaka Fikir : 

Sumbangan diperlukan untuk bangunkan perpustakaan Astaka Fikir. Bantu kami membangunkan perpustakaan komuniti untuk menggalakkan pembangunan intelek masyarakat dipergiatkan.

Astaka Fikir ini akan berfungsi sebagai:
– Ruang selamat anak muda sebagai alternatif kafe, McD atau mamak.
– Alternatif hiburan melampau generasi muda
– Ruang kajian, penyelidikan, studi dan wacana ilmiah
– Kelas Quran, tafsir, sejarah untuk semua usia.

Untuk menyumbang:




Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts